Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488087
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Rozaini Tukimin (P90454) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:37:12Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:37:12Z | - |
dc.date.issued | 2021-03-29 | |
dc.identifier.other | ukmvital:126177 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488087 | - |
dc.description | Penerokaan amalan Guru Inovatif Bahasa Arab di sekolah rendah memerlukan bidang inovasi pengajaran dan pembelajaran dikaji dari aspek dorongan, proses, halangan dan masalah dalam berinovasi serta strategi mengatasi masalah seperti yang dibincangkan dalam kajian ini . Kajian terdahulu berkaitan empat aspek ini adalah dalam bentuk idea dan teori yang berasingan di luar bidang keguruan. Justeru, kajian ini telah mengintegrasi elemen-elemen berkenaan untuk mendalami amalan penjanaan inovasi guru. Penyelidikan kajian kes kualitatif pelbagai lokasi menjadi asas reka bentuk kajian menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Kriteria pemilihan bagi tiga orang peserta kajian adalah merupakan guru opsyen Bahasa Arab di sekolah rendah yang pernah terlibat dalam proses penghasilan inovasi sama ada dari segi bahan, kaedah atau strategi bagi tujuan aplikasi PdP. Manakala tiga orang pentadbir sekolah dipilih sebagai informan untuk triangulasi data. Data kajian ini dikumpul melalui kaedah temu bual mendalam menggunakan temu bual separa berstruktur, analisis dokumen dan bahan audio visual. Perisian Atlas Ti dan aplikasi Channel Telegram telah digunakan untuk menyimpan dan mengurus data bagi tujuan analisis secara tematik. Dapatan kajian mendapati dorongan inovasi dalam kalangan guru inovatif Bahasa Arab adalah disebabkan oleh kekuatan faktor diri guru berkenaan terutamanya elemen kemahuan dan kerelaan untuk berinovasi dan mempunyai matlamat khusus terhadap mata pelajaran Bahasa Arab. Selain itu, faktor murid dan faktor keagamaan turut memainkan peranan dalam dorongan inovasi selain faktor organisasi dan luar organisasi. Kesimpulannya, terdapat empat fasa tindakan inovasi yang diperoleh daripada kajian ini iaitu Fasa Pertama: Perancangan Inovasi, Fasa Kedua: Pembinaan Inovasi, Fasa Ketiga: Aplikasi Inovasi dan Fasa Keempat: Penyebarluasan yang merupakan proses penting dalam amalan inovasi guru. Kajian ini turut menyarankan langkah INOVATIF dijadikan sebagai panduan kepada amalan inovasi guru melalui pengajaran yang berasaskan pendekatan inovatif holistik. Di samping itu, pengukuhan aspek diri, organisasi, subjek dan teknikal diperlukan untuk memastikan kelestarian amalan profesionalisme guru yang berterusan melalui inovasi pengajaran dan pembelajaran.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Bahasa Arab -- Pengajaran dan pembelajaran | |
dc.subject | Guru -- Bahasa Arab | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Amalan guru inovatif bahasa Arab sekolah rendah | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 460 | |
dc.identifier.barcode | 006418(2021) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_126177+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.88 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.