Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488084
Title: Pembangunan dan penilaian aplikasi modul pembelajaran bahasa isyarat (m-ISHARAH) untuk pelajar Sarjana Muda Pendidikan Khas
Authors: Syar Meeze Mohd Rashid (P91574)
Supervisor: Mohd Hanafi Mohd Yasin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pendidikan khas
Bahasa isyarat -- Pengajaran dan pembelajaran
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Apr-2021
Description: Kursus Bahasa Isyarat merupakan sebahagian daripada keperluan bergraduasi bagi pelajar Sarjana Muda Pendidikan Khas. Ketiadaan modul pembelajaran bahasa isyarat berfokus kepada bidang Pendidikan Khas pendengaran sebagai bahan sokongan pembelajaran merupakan masalah utama yang mendorong kepada kajian ini dijalankan. Objektif kajian ini adalah untuk membangun dan menilai aplikasi modul pembelajaran bahasa isyarat (m-ISHARAH) untuk pelajar Sarjana Muda Pendidikan Khas. Kajian ini didasari oleh gabungan daripada model ADDIE, teori kurikulum Taba, model aplikasi koole FRAME, model kebolehgunaan produk (CUE), teori pembelajaran bahasa konstruktivisme sosial, teori pembelajaran bahasa interaksionalisme simbolik dan teori Instrumental Teknologi. Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk dan pembangunan yang melibatkan tiga fasa. Fasa pertama, analisis keperluan untuk melihat keperluan pengguna terhadap aplikasi modul. Tinjauan ke atas 200 orang pelajar Sarjana Muda Pendidikan Khas dan temu bual bersama tiga orang pakar pengajar bahasa isyarat menunjukkan aplikasi ini perlu dibangunkan. Fasa kedua dibahagikan kepada peringkat reka bentuk dan peringkat pembangunan aplikasi modul m-ISHARAH. Reka bentuk aplikasi diperoleh melalui kesepakatan 20 orang pakar terhadap objektif, isi kandungan, aktiviti dan penilaian modul. Manakala proses pembangunan dibahagikan kepada dua iaitu proses pembangunan aplikasi dan proses pembangunan rancangan pembelajaran. Aplikasi m-ISHARAH diperakui dan disahkan oleh lima orang pakar bagi memastikan aplikasi ini sesuai digunakan oleh pelajar. Fasa ketiga merupakan fasa implementasi dan penilaian yang dijalankan melalui ujian kemahiran bahasa isyarat pra dan pos bagi menguji keberkesanan modul ke atas 60 orang pelajar iaitu 30 orang kumpulan rawatan dan 30 orang kumpulan kawalan. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara markah ujian kemahiran bahasa isyarat dari segi ujian ekspresif (min kumpulan rawatan 83.0 dan min kawalan 65.9) dan ujian reseptif (min kumpulan rawatan 88.8 dan min kawalan 74.5). Ini menunjukkan penggunaan m-ISHARAH adalah berkesan dalam meningkatkan kemahiran bahasa isyarat pelajar. Ujian kebolehgunaan modul m-ISHARAH dijalankan ke atas 30 orang pelajar kumpulan rawatan melalui soal selidik kebolehgunaan modul m-ISHARAH. Dapatan menunjukkan pelajar bersetuju aplikasi modul m-ISHARAH menepati ciri-ciri kebolehgunaan sesuatu produk aplikasi pembelajaran yang terdiri daripada kebergunaan, kepuasan dan kemudahgunaan. Kajian ini membuktikan bahawa aplikasi modul m-ISHARAH adalah sesuai dijadikan sebagai bahan sokongan yang berkesan dan boleh digunakan untuk membantu serta memenuhi keperluan pelajar dalam meningkatkan prestasi kemahiran berbahasa isyarat.,Ph.D
Pages: 469
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126013+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.61 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.