Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488079
Title: | Pelaksanaan syura dalam pengurusan aktiviti dakwah dalam kalangan guru pendidikan Islam di sekolah rendah |
Authors: | Noor Azimah Surip (P92429) |
Supervisor: | Khadijah Abdul Razak, Dr. |
Keywords: | Dakwah Guru -- Sekolah rendah Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2020 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan syura GPI dalam pengurusan aktiviti dakwah di sekolah rendah. Kajian ini melibatkan enam objektif utama iaitu mengenal pasti tahap pelaksanaan syura dan tahap pengurusan dakwah GPI, menganalisis perbezaan setiap pemboleh ubah tersebut berdasarkan faktor demografi yang melibatkan jantina, pengalaman mengajar dan juga lokasi sekolah. Seterusnya, kajian ini juga melihat hubungan antara pelaksanaan syura GPI terhadap pengurusan aktiviti dakwah di sekolah rendah. Selain itu, sumbangan faktor-faktor peramal terhadap pemboleh ubah bersandar juga turut diteliti. Reka bentuk kajian ini adalah kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Seramai 433 orang guru pendidikan Islam sekolah rendah daripada seluruh Semenanjung Malaysia dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Teknik multistage cluster sampling telah digunakan dalam kajian ini. Perisian SPSS 23.0 digunakan bagi tujuan analisis data deskriptif dan juga inferensi. Nilai Alfa Cronbach yang diperolehi menerusi kajian rintis menunjukkan semua item yang terkandung dalam instrumen mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Seterusnya, pendekatan kualitatif menerusi kaedah temu bual dari 4 orang informan juga telah digunakan bagi tujuan memperkayakan lagi data kuantitatif sebagai data utama. Dapatan kajian menunjukkan tahap pelaksanaan syura dan pelaksanaan aktiviti dakwah oleh GPI berada pada tahap yang sangat tinggi. Analisis MANOVA mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pemboleh ubah berdasarkan jantina dan lokasi sekolah tetapi tidak ada sebarang perbezaan menerusi pengalaman mengajar. Seterusnya, ujian kolerasi Pearson menunjukkan hubungan yang signifikan antara pelaksanaan elemen syura GPI dengan pengurusan aktiviti dakwah dengan kekuatan interpretasi yang kuat. Kajian juga mendapati pelaksanaan syura ini telah menyumbang kepada pengurusan aktiviti dakwah sebagai faktor peramal. Analisis temu bual yang diperolehi pula telah menjelaskan beberapa faktor baru dapatan konstruk berkaitan pemboleh ubah terendah. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan syura yang tinggi oleh GPI boleh mempengaruhi pengurusan aktiviti dakwah yang dilaksanakan di sekolah rendah. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa kesemua elemen yang terdapat dalam syura perlu diaplikasikan secara konsisten dalam kalangan GPI agar kecemerlangan pengurusan dapat dihasilkan dan seterusnya dapat diteladani oleh rakan setugas yang lain, warga sekolah dan juga komuniti.,Ph.D |
Pages: | 397 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_126009+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.01 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.