Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488078
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Isa Hamzah, Dr.-
dc.contributor.authorNorhalimaton Saadiah Ayub (P91572)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:37:03Z-
dc.date.available2023-10-11T09:37:03Z-
dc.date.issued2021-04-15-
dc.identifier.otherukmvital:126008-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488078-
dc.descriptionEtika Islam merupakan satu sistem yang mengatur kehidupan manusia secara komprehensif bertunjangkan al-Quran dan al-Sunnah. Pelaksanaan etika Islam memberikan impak positif terhadap kecemerlangan individu dan organisasi untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Namun, isu salah laku etika yang melanda guru memberikan petunjuk bahawa etika Islam belum dihayati sepenuhnya oleh para pendidik. Kesannya amat besar kerana guru merupakan model akhlak kepada pelajar. Oleh sebab itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneroka kefahaman guru Pendidikan Islam (GPI) terhadap konsep etika Islam, seterusnya meneroka pengamalannya dalam konteks pelaksanaan proses ta'dib di sekolah. Kajian ini menumpukan kepada aspek pengamalan nilai-nilai etika Islam dan pendekatan yang diamalkan oleh GPI semasa melaksanakan proses ta'dib tersebut. Faktor-faktor yang mendorong pengamalan etika Islam ini juga diteliti secara mendalam. Kajian ini berbentuk kajian kes, dengan menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual secara mendalam, pemerhatian terhadap amalan guru dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan perisian NVivo 12. Seramai tujuh orang GPI yang berkhidmat di beberapa buah sekolah menengah di Selangor telah dipilih sebagai peserta kajian melalui kaedah persampelan bertujuan. Manakala data temu bual daripada tujuh orang rakan guru, tujuh orang pentadbir sekolah dan 14 murid juga diperolehi sebagai triangulasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa GPI memiliki kefahaman konsep etika Islam yang komprehensif dalam bentuk yang umum dan khusus. Dalam konteks pelaksanaan proses ta'dib yang lebih khusus, kefahaman GPI berkaitan etika Islam berfokus kepada konsep etika perguruan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa GPI mengamalkan nilai-nilai etika Islam yang tinggi diklusterkan kepada empat tema utama iaitu etika keagamaan, etika keperibadian, etika interpersonal dan etika profesionalisme. Nilai-nilai etika Islam ini menunjangi pengamalan ta'dib GPI yang dilaksanakan melalui tiga pendekatan yang utama iaitu pendekatan kerohanian, pendekatan psikologi dan pendekatan intelektual. Pengamalan nilai-nilai etika Islam ini didorong oleh faktor personal (dalaman) GPI yang terdiri daripada faktor keimanan, keilmuan, hisbah kendiri, motivasi kendiri dan kesedaran kepemimpinan. Manakala faktor persekitaran (luaran) terdiri daripada faktor persekitaran sekolah, keluarga, rakan sejawat, program pembangunan profesional dan model ikutan. Kajian ini menghasilkan model etika keguruan Islam, model amalan ta'dib bi al-hikmah dan turut mencadangkan model konseptual pengamalan etika Islam dalam pelaksanaan proses ta'dib oleh GPI di sekolah yang praktikal dan memenuhi keperluan semasa. Kajian ini juga memberikan implikasi kepada polisi melibatkan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam aspek kriteria pemilihan bakal guru dan kurikulum latihan perguruan serta implikasi terhadap amalan pihak sekolah dan guru dalam memperkasakan etika dan profesionalisme guru.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectIslamic ethics-
dc.subjectIslamic educations-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKefahaman konsep etika Islam dan pengamalannya oleh guru pendidikan Islam dalam pelaksanaan proses ta'dib di sekolah menengah-
dc.typeTheses-
dc.format.pages474-
dc.identifier.callnoBJ1291.N637 2021 tesis-
dc.identifier.barcode006364(2021)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126008+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.