Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488077
Title: Amalan kaunseling kerjaya di universiti awam
Authors: Edris Aden (P90425)
Supervisor: Salleh Amat, Prof. Madya Dr.
Keywords: Vocational guidance
Public university
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Feb-2021
Description: Kompetensi kaunselor kerjaya di universiti awam menjadi pemangkin kepada keberkesanan perkhidmatan yang membantu graduan bersedia untuk menempuh alam pekerjaan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan kaunseling kerjaya universiti awam di Malaysia. Terdapat empat objektif dalam kajian iaitu (i) meneroka makna amalan kaunseling kerjaya di universiti awam, (ii) meneroka kompetensi kaunselor kerjaya di universiti awam, (iii) meneroka cabaran dalam amalan kaunseling kerjaya di universiti awam dan (iv) meneroka penambahbaikan amalan kaunseling kerjaya di universiti awam. Seramai 28 orang peserta kajian yang terdiri daripada tujuh orang pensyarah kaunseling kerjaya, 14 orang kaunselor kerjaya dan tujuh orang klien pelajar bagi membantu menjawab empat persoalan kajian. Dapatan kajian diperoleh melalui temu bual semi-struktur dan analisis dokumen. Dapatan kajian juga dianalisis dengan menggunakan NVivo 12 dan bersandarkan reka bentuk kajian kes. Daripada analisis data, terdapat 21 tema yang telah berjaya dihasilkan. Secara spesifik tiga tema dihasilkan yang berkaitan dengan makna amalan kaunseling kerjaya, lima tema berkaitan dengan kompetensi kaunselor kerjaya, manakala sembilan tema berkaitan dengan cabaran oleh kaunselor kerjaya dan empat tema pula berkaitan dengan penambahbaikan perkhidmatan kaunseling kerjaya di universiti awam. Justeru, kompetensi kaunselor kerjaya dalam konteks kajian ini, seseorang kaunselor perlulah memiliki pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang kaunseling kerjaya. Selain itu, sikap, identiti profesional, dan pengalaman merupakan antara faktor lain yang turut menyokong pembentukan kompetensi kaunselor kerjaya dalam konteks kajian ini. Dapatan kajian turut memberi impak kepada bidang ilmu dan dasar yang berkaitan dengan peningkatan profesionalisme kaunselor. Selain itu, dapatan kajian membuktikan bahawa pengetahuan dan kemahiran kaunselor perlu diperkukuh ke arah penyediaan perkhidmatan yang mampan dalam bidang kaunseling. Hal ini dapat dilakukan dengan adanya latihan kaunselor yang berfokus dalam bidang kerjaya. Justeru, terdapat keperluan oleh Lembaga Kaunselor (Malaysia) (LKM) untuk memfokuskan kepada penawaran ijazah dengan bidang pengkhususan dalam kaunseling kerjaya, di samping menawarkan pensijilan lanjutan yang berfokus kepada bidang yang sama. Dari aspek Peningkatan Profesional Berterusan (PPB), LKM perlu memfokuskan kepada aspek kerjaya sebagai kompetensi yang penting dalam program latihan kepada kaunselor.,Ph.D
Pages: 453
Call Number: HF5381.E337 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126004+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.