Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488075
Title: Pengetahuan profesional bakal guru untuk tujuan pengajaran Tilawah al-Quran Sekolah Rendah
Authors: Farah Ilyani Zakaria (P69681)
Supervisor: Khadijah Abdul Razak, Dr.
Keywords: Teaching -- Vocational guidance
Islamic teaching
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-May-2021
Description: Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengetahuan profesional bakal guru untuk tujuan pengajaran Tilawah al-Quran Sekolah Rendah (TQSR) menerusi pengkajian pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) dan pengetahuan kandungan (PK) menggunakan pendekatan kualitatif reka bentuk kajian kes. 5 orang bakal guru dan 12 orang pakar terlibat sebagai peserta kajian menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data temu bual separa berstruktur merupakan data utama yang disokong oleh data pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen melalui triangulasi. Perisian Atlas Ti 8.0 digunakan untuk mengurus dan menganalisis data kajian. Kajian ini menghasilkan dapatan yang spesifik berkaitan pengetahuan profesional bakal guru untuk tujuan pengajaran Tilawah al-Quran Sekolah Rendah (TQSR) dengan penghasilan enam komponen PPK iaitu pengetahuan tentang tasawwur pengajaran TQ, pengetahuan tentang strategi instruksional, pengetahuan penilaian pembelajaran, pengetahuan kurikulum, pengetahuan tentang murid dan pengetahuan tentang kualiti diri dan sejumlah 22 PK yang diperlukan oleh bakal guru untuk pengajaran TQSR termasuk pengetahuan tentang sebutan (bunyi dan huruf), makhraj huruf, sifat huruf, ghunnāt , al-mudūd, al-mudgham, tafkhīm dan tarqīq, permasalahan hamzah, taḥsīn al-ṣawt, bentuk kesalahan bacaan, waqaf dan ibtidā', penulisan rasm cuthmāni, ḍabt al-Quran, riwāyat, asas bahasa arab, ādāb ḥamalatul Quran, konsep tilawah, bentuk penyampaian tilawah, istilah, konsep tartīl, ulum al-Quran dan tasawwur pengajaran TQ. Pedagogi TQSR yang lebih spesifik ditemui melalui perluasan penggunaan strategi berasaskan kaedah talaqqi dan musyāfahah, strategi berasaskan kaedah bertarannum, strategi berasaskan guru-model, strategi berasaskan qari-muktabar dan strategi berasaskan kandungan ayat. Titik temu antara kedua-dua perspektif teori dan praktikal; ilmu dan amalan dapat dilihat apabila wujud keselarian dapatan bakal guru dan pakar dari aspek PPK dan PK pengajaran TQSR. Antara penemuan baru kajian ialah kepentingan penghayatan konsep guru sebagai muqri' dalam kalangan bakal guru untuk melahirkan generasi turāth bacaan al-Quran yang berkualiti di sekolah. Kajian ini telah mencadangkan Kerangka Kesepaduan Pengetahuan Profesional Pengajaran TQSR Untuk Program Pendidikan Guru yang boleh dijadikan panduan kepada semua pihak khususnya penggubal kurikulum pendidikan guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Institusi Pengajian Tinggi, Bahagian Pendidikan Islam KPM, sekolah, pendidik dan bakal guru.,Ph.D
Pages: 511
Call Number: LB1775.F337 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125994+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.86 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.