Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488074
Title: Pengetahuan pedagogi kandungan enam orang guru prasekolah dalam matematik awal
Authors: Norhaizian Seman (P84977)
Supervisor: Aliza Alias, Dr.
Keywords: Prasekolah -- Pengajaran dan pembelajaran
Matematik -- Pengajaran dan pembelajaran
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 31-May-2021
Description: Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) merangkumi pengetahuan isi kandungan (PIK), pengetahuan kognitif murid (PKM) dan pengetahuan pedagogi (PPG). Pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru yang berkualiti berkait rapat dengan PPK. Kajian ini bertujuan untuk meneroka PPK guru prasekolah dalam matematik awal menerusi tiga komponen utama yang dinyatakan iaitu PIK, PKM dan PPG. Selain itu, penerokaan juga dilakukan untuk melihat proses pengintegrasian ketiga-tiga komponen ini dalam pelaksanaan pengajaran matematik awal. Kajian penerokaan kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Pengumpulan data dilakukan melalui tiga kaedah, iaitu temu bual mendalam, analisis dokumen dan pemerhatian di lapangan. Data dikumpulkan dan dianalisis secara tematik dengan menggunakan perisian Atlas.ti Versi 8. Dapatan menunjukkan peserta kajian mempunyai pengetahuan tentang isi kandungan, pengetahuan kognitif murid dan pengetahuan pedagogi dalam matematik awal. Peserta kajian juga berpengetahuan ketika proses pengintegrasian ketiga-tiga komponen PPK dilaksanakan dalam pengajaran matematik awal. Penguasaan PPK dalam matematik awal membantu proses PdP guru prasekolah dilaksanakan dengan berkesan, bermakna dan menyeronokkan melalui penglibatan aktif murid prasekolah. Teori konstruktivisme yang sinonim dengan matematik merupakan tema yang kerap muncul dalam komponen PPG berbanding dua komponen lain. Tema visual, audio, kinestetik (VAK) dengan konkrit, piktorial, abstrak (KPA) oleh Bruner menonjol dalam teori konstruktivisme ini. Ini menunjukkan bahawa guru prasekolah telah menggunakan pendekatan visual, audio, kinestetik (VAK) bersama dengan konkrit, piktorial, abstrak (KPA) ketika mengajar matematik awal sebagai amalan terbaik dalam PdP mereka. Implikasi daripada amalan terbaik PdP VAK-KPA oleh guru prasekolah ini memperlihatkan mereka menguasai dengan baik PPK matematik awal ini. Tema-tema daripada PIK, PKM dan PPG dijadikan elemen dalam mengemukakan kerangka konsep PPK bagi matematik awal prasekolah. Kajian ini turut mencadangkan kerangka konsep PPK matematik awal yang signifikan untuk menambah baik proses PdP dan meningkatkan prestasi matematik awal prasekolah di Malaysia.,Ph.D
Pages: 504
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125991+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.14 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.