Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488070
Title: Pengetahuan pedagogi isi kandungan guru mata pelajaran Syariah di sekolah agama bantuan kerajaan
Authors: Firdaus Abdul Fatah (P92453)
Supervisor: Khadijah Abdul Razak, Dr.
Keywords: Syariah -- Pengajaran dan pembelajaran
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Mar-2021
Description: Pengetahuan pedagogi isi kandungan adalah elemen yang penting bagi guru untuk meningkatkan kecemerlangan pengajaran. Penyelidikan ini dilakukan untuk meneroka pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) dalam kalangan guru mata pelajaran Syariah (GMS) di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Selangor. Mata pelajaran ini menggabungkan dua bidang, iaitu al-Quran wa al Hifz dan Fikah yang menggunakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD). Bentuk pengetahuan pedagogi isi kandungan guru yang diterokai adalah pengetahuan isi kandungan (PIK), pengetahuan pedagogi (PP), pengetahuan tentang pelajar (PTP) dan pengetahuan kurikulum (PK). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan reka bentuk kajian adalah kajian kes. Kajian ini turut melibatkan lapan orang peserta kajian dipilih secara persampelan bertujuan. Hasil kajian ini dikumpulkan melalui temu bual mendalam, pemerhatian pengajaran, dan analisis dokumen yang relevan, dan disokong dengan triangulasi melalui temu bual bersama pentadbir, rakan sekerja dan pelajar peserta kajian. Perisian NVivo versi 12 digunakan untuk membantu pengendalian data kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa GMS mempunyai pemahaman yang komprehensif mengenai kandungan mata pelajaran Syariah. Mereka merujuk kepada banyak sumber untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam domain ini. Dari segi pengetahuan pedagogi, GMS menggunakan pelbagai pendekatan dan sistem pengajaran yang secara aktif bagi kedua-dua bidang ini. Dari aspek PTP pula, guru mengakui pelbagai ciri pelajar dikenal pasti menyumbang kepada pengajaran yang cekap. Manakala, dari segi PK, GMS memahami tujuan dan objektif KBD dengan jelas dan berusaha untuk merealisasikan tujuan tersebut. Kesimpulan kajian ini telah menemui satu lagi bentuk pengetahuan bahawa PPIK yang perlu dimiliki oleh GMS iaitu integrasi bahasa Arab. Selain itu, kesemua bentuk pengetahuan yang dimiliki oleh GMS ini juga disulami oleh penghayatan spiritual. Implikasi daripada kajian ini terhadap elemen yang terdapat di dalam teori PPIK ialah penambahan pengetahuan bahasa Arab integrasi dalam kalangan guru Syariah di SABK.,Ph.D
Pages: 421
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125988+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.