Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488062
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLilia Halim, Prof. Dr.
dc.contributor.authorArniyuzie Mohd Arshad (P96491)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:36:46Z-
dc.date.available2023-10-11T09:36:46Z-
dc.date.issued2021-09-30
dc.identifier.otherukmvital:124271
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488062-
dc.descriptionSains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) diperkenalkan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 sebagai salah satu agenda utama transformasi pendidikan negara. Namun, pelbagai isu dikenal pasti di dalam pelaksanaan pendidikan integrasi STEM. Kajian terdahulu menunjukkan kolaboratif adalah faktor utama menjayakan pelaksanaan pendidikan integrasi STEM. Walau bagaimanapun, tiada model kolaboratif interdisiplin interdisiplin yang menyeluruh bagi membolehkan pelaksanaan pendidikan integrasi STEM yang efektif. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan satu model pedagogi kolaboratif bagi pelaksanaan pendekatan integrasi STEM. Penyelidikan reka bentuk dan pembangunan (DDR) berdasarkan fasa diaplikasikan dalam membangunkan model. Fasa pertama dilaksanakan bagi mengenal pasti jurang keperluan kolaboratif menerusi dua kaedah iaitu tinjauan literatur dan temu bual (N=22). Fasa kedua pula dilakukan bagi mereka bentuk dan membangunkan model berdasarkan kesepakatan pakar menerusi kaedah Fuzzy Delphi (FDM) (N=20) dan pendekatan Interpretive Structural Modelling (ISM) (N=10). Bagi menilai kebolehgunaan model, kaedah tinjauan (N=34), temu bual pakar (N=3) dan senarai semak pemerhatian diaplikasikan di Fasa 3. Peserta kajian bagi ketiga-tiga fasa ini terdiri daripada tiga kategori pemegang taruh iaitu guru, pentadbir sekolah dan organisasi luar sekolah. Hasil analisis literatur dan temu bual pada Fasa 1 mendapati bahawa terdapat jurang keperluan kolaboratif dalam pelaksanaan pendidikan integrasi STEM. Dapatan Fasa 2 pula digunakan untuk membangunkan model melalui konsensus pakar terhadap dimensi, faktor dan elemen model berdasarkan nilai threshold (d), nilai defuzzification (α-cut) dan nilai peratusan persetujuan pakar. Budaya kolaboratif, kategori pemegang taruh, proses kolaboratif dan budaya kolaboratif dan peralatan merupakan empat dimensi penting bagi kolaboratif interdisiplin. Dapatan fasa ketiga pula menunjukkan kebolehgunaan model yang dibangunkan telah mendapat persetujuan yang tinggi dalam kalangan pengguna model. Maka, ia memberi implikasi bahawa model pedagogi berasaskan bukti empirikal ini mampu dijadikan sebagai satu panduan dalam perlaksanaan pedagogi kolaboratif interdisiplin menggunakan pendekatan integrasi STEM. Selain itu, model ini dapat dijadikan sebagai kerangka teori untuk kajian seterusnya dalam pendidikan integrasi STEM.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectSains
dc.subjectTeknologi
dc.subjectKejuruteraan dan Matematik (STEM)
dc.subjectPengajaran dan pembelajaran -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePembangunan model pedagogi kolaboratif interdisiplin berasaskan pendekatan integrasi STEM
dc.typeTheses
dc.format.pages364
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124271+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.