Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488058
Title: Kepimpinan transformasional dan kecerdasan emosi pengetua serta hubungannya dengan amalan komuniti pembelajaran professional di sekolah berprestasi tinggi
Authors: Nor Azlin Ibrahim (P88335)
Supervisor: Mohd Izham Mohd Hamzah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Kepimpinan transformasional
Pengetua sekolah
Sekolah berprestasi tinggi
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-Sep-2021
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan transformasional dan kecerdasan emosi pengetua dan tahap amalan komuniti pembelajaran profesional (KPP) guru di sekolah berprestasi tinggi (SBT) kategori sekolah menengah. Kajian ini juga mengkaji hubungan kepimpinan transformasional pengetua terhadap amalan komuniti pembelajaran profesional guru. Seterusnya mengenal pasti kesan kecerdasan emosi pengetua sebagai mediator terhadap hubungan kepimpinan transformasional pengetua dengan amalan komuniti pembelajaran profesional guru di SBT. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif melalui kaedah tinjauan rentas. Teknik persampelan berkelompok dan teknik pensampelan berstrata berkadaran digunakan bagi menentukan responden kajian. Sebanyak 48 buah sekolah SBT telah terpilih daripada seluruh Malaysia yang terdiri daripada 48 orang pengetua dan 428 orang guru. Dapatan data dianalisis dengan menggunakan SPSS 25 dan SEM-PLS 3.0. Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan transformasional dan kecerdasan emosi pengetua serta amalan KPP guru dari persepsi pengetua dan guru secara keseluruhannya berada pada tahap yang sangat tinggi iaitu skor min bagi kepimpinan transformasional ialah min=4.60 dan min=4.27; skor min bagi kecerdasan emosi ialah min=4.55 dan min=4.24 dan skor min bagi amalan KPP ialah min=4.44 dan min=4.31. Selain itu hubungan antara kepimpinan transformasional dengan kecerdasan emosi adalah positif (r=0.432) dan hubungan kepimpinan transformasional dengan KPP juga adalah positif (r=0.538). Seterusnya dari persepsi guru, ujian Manova menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan amalan kepimpinan transformasional, kecerdasan emosi pengetua dan amalan KPP guru berdasarkan tempoh perkhidmatan dan kelayakan akademik. Manakala dari persepsi pengetua, ujian Kruskal Wallis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan amalan kepimpinan transformasional, kecerdasan emosi dan amalan KPP guru berdasarkan tempoh perkhidmatan, kelayakan akademik dan kehadiran kursus pengetua. Namun terdapat perbezaan yang signifikan kecerdasan emosi berdasarkan kursus yang dihadiri oleh pengetua. Seterusnya elemen kepimpinan transformasional yang menjadi peramal yang dominan terhadap amalan KPP guru ditentukan melalui bacaan nilai standard cofficient yang dianalisis menggunakan perisian SEM-PLS. Dapatan menunjukkan motivasi inspirasi merupakan peramal bagi amalan KPP guru dan pengurusan perhubungan merupakan peramal bagi kecerdasan emosi terhadap amalan KPP guru. Seterusnya analisis "bootstraping" telah membuktikan bahawa kecerdasan emosi merupakan mediator separa (47.0%) kepada hubungan antara amalan kepimpinan transformasional pengetua dengan amalan KPP guru di SBT. Implikasi kajian ini memberi nilai tambah kepada amalan kepimpinan transformasional pemimpin di sekolah. Kesimpulannya, untuk membudayakan organisasi pembelajaran melalui amalan KPP, kepimpinan transformasional merupakan gaya kepimpinan yang bersesuaian dalam pelaksanaan KPP di sekolah. Di samping itu kecerdasan emosi pengetua memberi fungsi yang bermakna dalam menjayakan amalan KPP dan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.,Ph.D
Pages: 368
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124261+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.3 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.