Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488055
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof. Dr.
dc.contributor.authorHafilah Abd Satar (P96654)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:36:38Z-
dc.date.available2023-10-11T09:36:38Z-
dc.date.issued2021-09-14
dc.identifier.otherukmvital:124253
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488055-
dc.descriptionPentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah pentaksiran secara berterusan yang dijalankan seiring dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi meningkatkan penguasaan pelajar dan pengajaran guru. Kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan PBD bahasa Arab peringkat menengah rendah dan bentuk perubahan yang berlaku hasil pelaksanaan PBD terhadap pengajaran, pembelajaran dan objektif kemahiran berbahasa Arab. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes pelbagai lokasi (single kes multiple site) dengan menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya. Seramai tujuh peserta Guru Bahasa Arab (GBA) telah ditemu bual secara mendalam bagi mendapatkan data utama. Pada masa yang sama data disokong melalui temu bual 14 informan pelajar secara berkelompok dan analisis dokumen. Peserta GBA dipilih secara kaedah bertujuan (purposive sampling) yang juga merupakan jurulatih utama (JU) PBD bahasa Arab peringkat negeri dan kebangsaan bagi lima negeri di Malaysia. Data temu bual yang sempurna ditranskrip seterusnya dianalisis bagi melahirkan tema dan sub tema dengan menggunakan perisian Nvivo 12. Kebolehpercayaan data pula diperoleh dengan mendapatkan perakuan empat orang pakar berasaskan nilai persetujuan pekali Cohen Kappa yang tinggi iaitu 0.93. Hasil penerokaan kajian menunjukkan pelaksanaan PBD bahasa Arab peringkat menengah rendah memerlukan guru membuat perancangan pentaksiran, menguasai DSKP, berkongsi objektif bersama pelajar, melakukan pentaksiran secara berterusan dan holistik, mempelbagaikan kaedah pentaksiran serta mengenali evidens pentaksiran kemahiran berbahasa Arab. Manakala hasil penerokaan juga menunjukkan berlaku perubahan aspek peningkatan pengajaran guru, pembelajaran pelajar dan objektif kemahiran berbahasa Arab hasil pelaksanaan PBD secara terancang. Peningkatan aspek pengajaran membuktikan guru mahir mengajar kemahiran berbahasa Arab dan melakukan pentaksiran semasa proses pengajaran. Selain itu, peningkatan aspek pembelajaran pula menunjukkan pelajar semakin aktif, berani bertutur dan bertambah penguasaan kosa kata bahasa Arab. Implikasi kajian dapat dijadikan panduan dan nilai tambah kepada GBA dalam usaha meningkatkan penguasaan pelajar dalam kemahiran berbahasa Arab seperti yang dihasratkan oleh KPM.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectPentaksiran Bilik Darjah (PBD)
dc.subjectBahasa Arab -- Pengajaran dan pembelajaran
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) guru bahasa Arab peringkat menengah rendah
dc.typeTheses
dc.format.pages435
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124253+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
255.69 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.