Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488034
Title: Penggunaan aplikasi permainan bahasa melalui telefon pintar untuk meningkatkan kemahiran pertuturan bahasa Arab di kalangan bukan penutur jati
Authors: Hamadallah Mohammad Salleh Kenali (P66575)
Supervisor: Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof. Dr.
Keywords: Aplikasi
Telefon pintar
Bahasa Arab
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-May-2020
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan telefon pintar dalam pembangunan kemahiran bertutur bahasa Arab di kalangan pelajar bukan penutur jati. Model ADDIE melalui lima fasanya (Analisis, Rekabentuk, Pembangunan, Pelaksanaan & Penilaian) digunakan dalam merekabentuk permainan bahasa Arab, seterusnya dinilai oleh sekumpulan pakar pengajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua menggunakan teknologi. Pengumpulan data kajian eksperimen dilaksanakan ke atas (30) pelajar di peringkat permulaan (beginner) di University of Sydney, Australia; yang dibahagikan kepada dua kumpulan (eksperimen dan kawalan). Ia dilaksanakan secara pembelajaran kendiri sebagai aktiviti tambahan kepada pelajar sepanjang semester 2/2015; dimana kumpulan eksperimen menggunakan telefon pintar (smartphone), dan kumpulan kawalan menggunakan kaedah tradisional iaitu kad imbasan (flashcards). Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan statistik yang signifikan bagi kedua-dua kumpulan tersebut dan nilai persepektif yang baik di kalangan sampel kajian terhadap kedua-dua jenis permainan bahasa. Ini menunjukkan bahawa permainan bahasa melalui telefon pintar dan kad imbasan mempunyai kesan terhadap pembangunan kemahiran bertutur bahasa Arab di kalangan pelajar bukan penutur jati; disokong oleh nilai alpha cronbach (0.973) bagi telefon pintar dan (0.977) bagi kad imbasan, yang menunjukkan keteraturan dalaman yang boleh diterima (Acceptable Standardiesed Internal Consistency). Kajian ini juga mendapati kaedah telefon pintar menekankan penggunaan kemahiran pendengaran dan pembelajaran kendiri secara individu, manakala kaedah kad imbasan menekankan kemahiran bertutur dan pembelajaran kendiri secara kumpulan. Kesimpulannya, permainan bahasa Arab secara umum mempunyai kesan positif tanpa mengira kaedah pelaksanaan; maka kajian ini menyarankan penggabungan kedua-dua kaedah permainan dalam mengoptimemkan kesan penggunaan permainan bahasa terhadap kemahiran bertutur di kalangan pelajar bukan penutur jati.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.
Pages: 226
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121144+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
158.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.