Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488018
Title: Pengajaran dan pengintegrasian komponen pengetahuan pedagogikal isi kandungan (PCK) guru dalam algebra.
Authors: Yusminah Mohd Yusof (P40647)
Supervisor: Effandi Zakaria, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pedagogical Content Knowledge
Teaching
Mathematical
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 8-Jan-2012
Description: Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengajaran guru matematik tingkatan 2 dan mengenal pasti pengintegrasian komponen pengetahuan PCK iaitu pengetahuan isi kandungan, pengetahuan tentang murid dan pengetahuan pedagogi guru dalam pelaksanaan pengajaran Ungkapan Algebra dan Persamaan Linear Dalam Satu Anu. Kajian yang mengambil pendekatan kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian satu tempat dan pelbagai kes. Kes-kes dipilih merupakan guru yang telah berpengalaman mengajar melebihi 5 tahun, memiliki pengetahuan isi kandungan algebra yang tinggi dan rendah dan PCK matematik yang tinggi. Satu set soal selidik PCK matematik dan satu set soalan algebra telah digunakan bagi tujuan pemilihan responden kajian. Enam orang guru daripada 34 orang yang telah menjawab set soalan berkenaan telah terpilih menjadi peserta kajian kes ini. Data dikumpulkan menerusi i) temu bual mendalam yang meliputi temu bual pra pemerhatian, temu bual penutup dan Temu bual Ingat Kembali Stimulasi yang berdasarkan pemerhatian; ii) pemerhatian dalam bilik darjah dan iii) analisis dokumen. Perisian Nvivo 8 digunakan untuk mengurus dan menganalisis data kajian. Nilai kebolehpercayaan Kohen Kappa yang diperoleh daripada 3 orang pakar ialah 0.805, 0.829 dan 0.805, oleh itu tema yang dikodkan dalam kajian ini dianggap sangat baik dan dipercayai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tema-tema melerai, mencantas dan membina perkaitan terjelma dalam kedua-dua pengajaran Ungkapan Algebra dan Persamaan Linear. Namun begitu tema penerangan prosedur merupakan tema yang paling tinggi kekerapan kemunculannya dalam pengajaran guru bagi kedua-dua topik ini. Guru juga dilihat mengamalkan kaedah latih tubi memberi soalan-soalan selepas pengajaran sesuatu konsep atau sub topik. Seterusnya data pemerhatian dianalisis bersama-sama dengan data temu bual ingat kembali stimulasi untuk meneroka pengintegrasian komponenkomponen pengetahuan guru. Dapatan menunjukkan bahawa pengintegrasian komponen pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan tentang murid memberikan implikasi kepada pengetahuan pedagogi (IK&MP) merupakan tema yang paling kerap muncul dalam penjelasan guru terhadap tindakan mereka dalam pengajaran Ungkapan Algebra manakala tema pengintegrasian komponen pengetahuan isi kandungan memberikan implikasi kepada pengetahuan pedagogi (IKP) pula yang tertinggi terjelma dalam pengajaran Persamaan Linear. Ini menunjukkan bahawa komponen pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan tentang murid merupakan komponen pengetahuan yang menjadi fokus utama dalam tindakan guru. Implikasi serta cadangan berdasarkan dapatan kajian terhadap pengajaran guru, serta keperluan untuk meningkatkan pengetahuan isi kandungan guru, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan tentang murid menerusi pembangunan profesionalisme keguruan dalam bentuk kerjasama secara kolaboratif dengan rakan sekerja serta menerusi kursus profesional dibincangkan. Ini diharap dapat membantu meningkatkan profesionalisme keguruan untuk merealisasikan tanggungjawab sebagai guru matematik yang lebih efektif.,Tesis ini tidak ada sijil perakuan sarjana/ doktor falsafah,Ph.D
Pages: 490
Call Number: LB1028.3.Y869 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119221+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
894.83 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.