Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488010
Title: Model sumbangan faktor peribadi dan faktor kontekstual terhadap pelaksanaan pengintegrasian STEM dalam kalangan guru sains
Authors: Edy Hafizan Mohd Shahali (P68534)
Supervisor: Lilia Halim, Prof. Dr.
Keywords: Science teachers -- Training of
Mathematics teachers -- Training of
Science -- Study and teaching
Mathematics -- Study and teaching
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Apr-2020
Description: Kajian ini bertujuan menentukan tahap dan sumbangan pemboleh ubah peramal (faktor peribadi dan faktor kontekstual) terhadap pelaksanaan pengajaran pengintegrasian STEM dalam kalangan guru Sains. Kajian ini membangunkan model pelaksanaan pengintegrasian STEM dengan mengambilkira faktor peribadi dan faktor kontekstual secara serentak. Faktor peribadi yang dikaji dalam kajian ini merangkumi kepercayaan terhadap sains (epistemologikal saintifik), kepercayaan terhadap pengajaran dan pembelajaran (konsepsi konstruktivisme), sikap terhadap pengintegrasian STEM, dan efikasi kendiri pengajaran pengintegrasian STEM. Bagi faktor persekitaran pula ialah (i) sokongan fizikal & sosial, dan (ii) sosiobudaya sekolah. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Bilangan responden adalah seramai 333 guru Sains sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan model persamaan struktural (SEM). Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya tahap kepercayaan epistemologikal saintifik, konsepsi konstruktivisme, sikap terhadap pengajaran pengintegrasian STEM, dan efikasi kendiri pengajaran pengintegrasian STEM berada pada tahap yang tinggi, manakala faktor konteksual (sokongan dan sosiobudaya sekolah) pula berada pada tahap yang sederhana tinggi. Walaubagaimanapun, tahap pelaksanaan pengajaran pengintegrasian STEM dalam kalangan guru Sains didapati berada pada tahap yang sederhana. Hasil analisis model persamaan struktural menunjukkan faktor peribadi dan faktor kontekstual menyumbang sebanyak 18% ke atas tingkah laku pelaksanaan pengajaran pengintegrasian STEM. Sikap dan faktor kontekstual (sosiobudaya) didapati menyumbang secara terus kepada tingkah laku pelaksanaan pengajaran pengintegrasian STEM. Manakala kepercayaan, efikasi kendiri, dan faktor kontekstual (sokongan) pula tidak menyumbang secara terus kepada tingkah laku sebaliknya menjadikan sikap sebagai pemboleh ubah perantara (mediator). Kajian ini memberi implikasi terhadap pengenalpastian pemboleh ubah peramal yang perlu diberi perhatian dalam perancangan program pembangunan profesional ke arah peningkatan pelaksanaan pengajaran pengintegrasian STEM dalam kalangan guru Sains.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.
Pages: 429
Call Number: Q181.E339 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118274+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
32.63 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.