Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488008
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhammad Hussin, Prof. Madya Datuk Dr.
dc.contributor.authorMohamad Zuber Abd Majid (P86812)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:35:44Z-
dc.date.available2023-10-11T09:35:44Z-
dc.date.issued2020-01-31
dc.identifier.otherukmvital:118054
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488008-
dc.descriptionKualiti perkhidmatan pendidikan yang berkesan akan memberi impak positif terhadap keberhasilan produk modal manusia yang dihasilkan. Namun, isu ketidakseimbangan penawaran dan permintaan produk modal manusia ini telah mendorong kepada peningkatan pengangguran dalam kalangan graduan. Isu pengangguran dalam keberhasilan produk modal manusia dikaitkan dengan aspek kelemahan kemahiran kebolehpasaran dan kesediaan kerjaya yang secara tidak langsung berpunca daripada kelemahan perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan. Maka, kajian ini dijalankan untuk membuat penilaian terhadap kualiti perhidmatan Technical and Vocational Education and Training (TVET) terhadap terapan kemahiran berkebolehpasaran dan seterusnya kesediaan kerjaya dalam kalangan pelajar teknologi kejuruteraan di Malaysian Technical University Network (MTUN) yang berbeza bidang pengajian. Kajian juga bertujuan untuk mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi pelajar untuk meningkatkan kebolehpasaran dalam kesediaan kerjaya. Kajian yang dijalankan menggunakan model penilaian Konteks, Input, Reaksi dan Output (CIRO) dan teori modal manusia sebagai teori utama mendasari kajian. Kajian tinjauan ini melibatkan dua kaedah pengumpulan data secara kuantitatif (soal selidik) melibatkan sampel seramai 448 orang pelajar tahun akhir dan secara kualitatif (temu bual semi-struktur) melibatkan seramai 9 orang pelajar. Dapatan deskriptif menunjukkan tahap dimensi input kualiti perkhidmatan pendidikan secara keseluruhannya adalah sederhana tinggi (min = 3.97) yang terdiri daripada 2 aspek iaitu (1) perkhidmatan pendidikan institusi pengajian (min = 3.92) dan (2) perkhidmatan latihan serta amali (min = 4.01). Dimensi reaksi kemahiran kebolehpasaran menunjukkan tahap tinggi (min = 4.03) dan dimensi output kesediaan kerjaya menunjukkan tahap sederhana tinggi (min=3.96). Dapatan inferensi menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesemua dimensi (kualiti perkhidmatan pendidikan = 0.004, kemahiran kebolehpasaran = 0.003 dan kesediaan kerjaya = 0.019) (P<0.05) berdasarkan bidang pengajian. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi di mana (P<0.01). Hasil kajian juga mendapati terdapat pengaruh yang signifikan antara dimensi input kualiti perkhidmatan pendidikan dan dimensi reaksi kemahiran kebolehpasaran terhadap dimensi output kesediaan kerjaya pada nilai signifikan = 0.001 (P<0.05). Hasil analisis tematik pendekatan kualitatif menemukan 6 cabaran untuk meningkatkan kebolehpasaran dalam kesediaan kerjaya. Diharapkan hasil kajian yang dijalankan membantu pihak institusi pengajian dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dalam usaha memantapkan perkhidmatan pendidikan TVET ke arah keberhasilan modal insan berkualiti dan dinamik.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectVocational education -- Malaysia
dc.subjectTechnical education -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenilaian kualiti perkhidmatan pendidikan TVET Universiti Teknikal di Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages376
dc.identifier.callnoLC1047.M25M849 2020 tesis
dc.identifier.barcode004568(2020)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118054+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.92 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.