Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/488004
Title: | Pembinaan dan keberkesanan modul chemdatalog terhadap pencapaian kimia, literasi era digital dan sikap saintifik |
Authors: | Punia Turiman (P87017) |
Supervisor: | Kamisah Osman, Prof. Dr. |
Keywords: | Chemistry -- Study and teaching Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 22-Feb-2020 |
Description: | Subjek Kimia program persediaan merupakan syarat untuk kemasukan pelajar ke universiti bagi bidang Kimia lanjutan atau bidang yang berkaitan dengan Sains,Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Literasi era digital sebagai salah satu konstruk Kemahiran Abad ke-21 amat diperlukan oleh warga kerja agar dapat berdaya saing dalam pekerjaan yang berasaskan kepada teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Sikap saintifik pula membolehkan seseorang berfikir dan bertindak sebagai seorang ahli saintis terutamanya apabila berhadapan dengan isu sains yang berlaku dalam masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk membina dan menguji keberkesanan Modul ChemDataLog terhadap pencapaian Kimia, literasi era digital dan sikap saintifik. Modul ini telah dibina dan dinilai menggunakan kajian reka bentuk dan pembangunan. Fasa reka bentuk dan pembangunan diintegrasikan dengan Model Reka Bentuk Pengajaran ASSURE. Strategi pengajaran yang digunakan ialah pembelajaran berasaskan inkuiri dengan mengaplikasikan Model Pembelajaran 5E. Data logger digunakan sebagai aplikasi teknologi dalam inkuiri sains. Fasa penilaian modul pula menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi kumpulan kawalan tidak setara untuk menguji keberkesanan modul tersebut. Kajian ini melibatkan 120 orang pelajar Tahun Dua yang mengambil Program Diploma IB di sebuah Kolej MARA. Terdapat 63 orang pelajar bagi kumpulan rawatan dan 57 orang pelajar bagi kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan menjalankan praktikal Kimia dengan menggunakan Modul ChemDataLog dan berbantukan data logger manakala kumpulan kawalan menjalankan praktikal Kimia dengan menggunakan manual praktikal yang disediakan oleh Unit Kimia kolej berkenaan. Instrumen kajian terdiri daripada Ujian Pencapaian Kimia, Soal selidik Literasi Era Digital Kemahiran Abad ke-21 dan Instrumen Sikap Saintifik. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik inferensi melibatkan MANOVA satu hala (One-way Multivariate Analysis of Variance) dan MANOVA pengukuran berulang (Repeated Measures Multivariate Analysis of Variance). Dapatan statistik deskriptif menunjukkan bahawa pencapaian Kimia kumpulan rawatan adalah lebih tinggi daripada kumpulan kawalan bagi kedua-dua topik iaitu Termokimia dan Asid dan Bes. Tambahan pula, dapatan analisis MANOVA pengukuran berulang menunjukkan pencapaian Termokimia kumpulan rawatan mengatasi kumpulan kawalan secara signifikan. Dapatan juga menunjukkan intervensi dengan menggunakan Modul ChemDataLog dapat meningkatkan subkonstruk literasi ICT dan literasi global bagi kumpulan rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan secara signifikan. Walau bagaimanapun, Modul ChemDataLog tidak dapat meningkatkan sikap saintifik kumpulan rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan secara signifikan. Penggunaan data logger sebagai aplikasi teknologi digital dalam inkuiri sains dapat meningkatkan pencapaian Kimia, literasi ICT dan literasi global. Walaupun dapatan kajian tidak menunjukkan peningkatan yang signifikan bagi sikap saintifik, ianya telah memberi kefahaman bahawa sikap saintifik merupakan prasyarat bagi pelajar menjalankan inkuiri sains. Kajian ini juga telah menyumbang kepada amalan pengajaran dan pembelajaran bagi Pendidikan Kimia peringkat kolej persediaan ke universiti terutamanya Program Diploma International Baccalaureate (IB) dan teori-teori yang diaplikasikan dalam kajian ini.,Ph.D. |
Pages: | 403 |
Call Number: | QD40.P843 2020 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_118049+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.22 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.