Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487988
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Saemah Rahman, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Muhammad Syawal Amran (P88500) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:35:14Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:35:14Z | - |
dc.date.issued | 2019-06-08 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:117310 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487988 | - |
dc.description | Emosi memainkan peranan penting dalam mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor emosi pelajar dalam pembelajaran Matematik dan sumbangannya dengan konsentrasi dan memori pelajar. Selain itu, kajian ini mengenal pasti perbezaan emosi pelajar berdasarkan faktor demografi jantina, lokasi dan pencapaian. Sampel kajian terdiri daripada 644 orang pelajar yang terdiri daripada kumpulan pelajar tingkatan empat. Soal selidik yang diadaptasi dan diubah suai dari 'Achievement Emotions Questionnaire' (AEQ) 'Concentration Scale' dan 'Questionnaire of Memory' (Q-MEM) digunakan dalam kajian ini. Data daripada soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan analisis statistik deskriptif, analisis ujian 'Multivariate Anaylsis of Variance' (MANOVA), 'Kolerasi Pearson Product Moment' dan analisis regresi berganda standard. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan tahap min emosi positif dan emosi negatif berdasarkan demografi pencapaian pelajar. Dapatan kajian mendapati emosi positif yang terdiri daripada emosi seronok, bangga dan harapan bagi kumpulan pelajar lulus lebih tinggi daripada kumpulan pelajar gagal manakala dapatan menunjukkan emosi negatif iaitu emosi marah, malu, bosan dan bimbang bagi kumpulan pelajar gagal lebih tinggi daripada kumpulan pelajar lulus. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan min konsentrasi yang terdiri daripada tumpuan, alihan tumpuan dan gangguan dan min memori yang terdiri daripada keupayaan mengingat, memori organisasi, memori bekerja dan memori prosedural lebih tinggi bagi kumpulan pelajar lulus berbanding kumpulan pelajar gagal. Hasil analisis kolerasi Pearson menunjukkan bahawa emosi positif mempunyai hubungan signifikan yang positif dengan konsentrasi dan memori manakala emosi negatif mempunyai hubungan signifikan yang negatif dengan konsentrasi dan memori. Pelajar yang mempunyai emosi positif dalam belajar Matematik meningkatkan konsentrasi dan memori belajar Matematik. Selain itu, analisis berganda standard menunjukkan pekali regresi piawai pemboleh ubah peramal yang signifikan ke atas konsentrasi iaitu emosi seronok dan emosi harapan serta emosi bangga yang memberikan sumbangan yang positif. Manakala hanya dua pekali regresi piawai pemboleh ubah peramal yang signifikan ke atas memori iaitu emosi bimbang, emosi malu dan emosi marah memberikan sumbangan yang negatif ke atas memori. Justeru, persekitaran pembelajaran yang memberi penekanan terhadap emosi positif penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan perhatian terhadap keperluan hasil kajian neurosains dalam konteks pendidikan.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Emotions and cognition | - |
dc.subject | Mathematics -- Study and teaching | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Emosi dalam pembelajaran matematik dan hubungannya dengan konsentrasi dan memori belajar | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 259 | - |
dc.identifier.callno | LB1073.M837 2019 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 004448(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117310+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 151.94 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.