Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487985
Title: Model struktural kepercayaan, pengetahuan konseptual dan pengalaman bakal guru matematik
Authors: Mazlini Adnan (P48213)
Supervisor: Effandi Zakaria, Prof. Madya Dr.
Keywords: Mathematics teachers
Teachers
Mathematics -- Study and teaching
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Aug-2012
Description: Kepercayaan, pengetahuan konseptual dan pengalaman memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk memprofil tiga konstruk utama kajian iaitu kepercayaan, pengetahuan konseptual dan pengalaman dalam kalangan bakal guru matematik. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengemukakan satu model pengukuran bagi ketiga-tiga konstruk utama dan seterusnya mencadangkan model struktural yang menggabungkan semua pembolehubah tersembunyi dan pembolehubah tercerap. Akhir sekali kajian ingin menentukan saling hubungan dan mengenalpasti sumbangan serta menentukan kewujudan faktor pengantara antara pembolehubah yang terlibat. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang melibatkan 317 orang responden yang terdiri dari bakal guru matematik dari enam buah Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Kepercayaan matematik, pengetahuan konseptual dan pengalaman matematik masing-masing diukur menggunakan instrumen soal selidik kepercayaan matematik (SKM), ujian pengetahuan konseptual (UPK) yang berfokuskan kepada topik pecahan dan instrumen soal selidik pengalaman matematik (SPM). Hasil dapatan dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi bagi menjawab persoalan kajian. Hasil analisis menunjukkan secara keseluruhannya kepercayaan matematik adalah menjurus kepada kepercayaan konstruktivisme manakala pengalaman matematik pula menjurus kepada pengalaman isi kandungan. Skor purata ujian pengetahuan konseptual pula berada pada tahap baik. Model struktural pula menunjukkan terdapat hubungan yang lemah antara kepercayaan matematik dengan pengalaman matematik; hubungan yang tersangat lemah antara pengetahuan konseptual dengan kepercayaan matematik; juga terdapat hubungan yang tersangat lemah antara pengetahuan konseptual dengan pengalaman matematik. Analisis SEM juga mendapati terdapat sumbangan yang signifikan daripada empat pembolehubah yang dikaji ke atas kepercayaan matematik bakal guru. Selain itu, analisis juga menunjukkan pekali regresi bagi pengalaman isi kandungan matematik responden adalah yang paling tinggi berbanding pekali regresi bagi pembolehubah peramal yang lain. Akhir sekali dapatan kajian mendapati kepercayaan matematik merupakan faktor pengantara kepada pengalaman matematik dan pengetahuan konseptual. Kajian ini turut mengemukakan kerangka yang menunjukkan interaksi yang wujud antara pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini. Implikasi kajian dan cadangan kajian lanjutan turut dikemukakan bagi mendapatkan kefahaman yang lebih baik tentang kepercayaan matematik, pengetahuan konseptual dan pengalaman matematik dalam konteks pengajaran dan pembelajaran matematik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 296
Call Number: LB1775.M499 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117248+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.96 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.