Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487982
Title: Pembinaan modul pengurusan konflik kognitif dan keberkesanannya terhadap perkembangan kognitif dan pencapaian Sains
Authors: Zainol Badli Budiman (P28541)
Supervisor: Lilia Halim, Prof. Dr.
Keywords: Science -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia
Academic achievement
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Feb-2008
Description: Kajian ini bertujuan untuk 1) membina modul Pengurusan Konflik Kognitif (PKK) yang disepadukan dalam .Cognitive Acceleration through Science Education. (CASE); dan 2) mengkaji kesan modul terhadap tahap perkembangan kognitif, pencapaian Sains dan tahap Konflik Kognitif. Pembinaan modul PKK adalah berasaskan teori konflik kognitif konstruktif. Kajian ini menggunakan reka bentuk .kuasi eksperimen kumpulan kawalan tak setara. ujian pra dan pasca Peserta kajian terdiri daripada 130 orang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah kebangsaan dalam Negeri Sembilan Darul Khusus. Tiga kaedah pengajaran yang dilaksanakan dalam kajian ini berasaskan 1) Pengurusan Konflik Kognitif (PKK) yang disepadukan dengan CASE (modul A); 2) modul CASE tanpa PKK (modul B) dan 3) pengajaran konvensional dalam pembelajaran sains. Modul-modul tersebut dilaksanakan selama 20 minggu Instrumen yang ditadbirkan dalam kajian ini ialah ujian Penaakulan Sains (.Science Reasoning Task.- SRT), ujian Pencapaian Sains, ujian Tahap Konflik Kognitif (CCLT). Instrumen terakhir ditadbir sebagai ujian diagnostik dalam modul A. Pemerhatian dan temu bual juga diguna sebagai data kualitatif. Semua instrumen telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya. Tiga bentuk analisis data digunakan, iaitu statistik deskriptif, statistik inferens dan analisis kualitatif Dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang lebih ketara mengguna modul A daripada modul B terhadap pencapaian pelajar dalam aras perkembangan kognitif dan ujian Sains. Kedua-dua kumpulan eksperimen menunjukkan peningkatan yang lebih ketara berbanding dengan kumpulan kawalan. Penggunaan CCLT dalam modul A dapat membantu kebolehan pelajar mengurus konflik kognitif yang destruktif berubah menjadi konstruktif. Pelajar dikategorikan mengalami konflik kognitif destruktif apabila perasaan putus asa atau terancam melebihi rasa minat dan tidak suka berada dalam keadaan konflik sehingga tidak berdaya mencari penyelesaian semasa aktiviti sains. Rumusan kajian mendapati penggunaan modul A telah memantapkan konflik kognitif secara konstruktif dan mempertingkatkan perkembangan kognitif khususnya pelajar yang mempunyai aras operasi konkrit pertengahan 2A/B.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.
Pages: 788
Call Number: Q181.Z353 2008 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114613+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
823.95 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.