Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487971
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Aishah Buang, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorZarina Kassim (P78111)-
dc.date.accessioned2023-10-11T09:34:50Z-
dc.date.available2023-10-11T09:34:50Z-
dc.date.issued2019-06-16-
dc.identifier.otherukmvital:113168-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487971-
dc.descriptionKajian ini menggunakan model Faktor Pekerja Terlibat dalam Pembelajaran, Kyndt (2012) untuk mengenal pasti status keterlibatan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dalam kalangan pekerja Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Aspek yang dikaji adalah dorongan motivasi, estim kendiri, sokongan keluarga, sokongan majikan dan sokongan kerajaan. Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan antara analisis kuantitatif dan kualitatif berdasarkan reka bentuk "Penjelasan Berikutan" (sequential explanatory design). Kajian kuantitatif berasaskan reka bentuk tinjauan melibatkan sampel seramai 1,148 manakala kajian kualitatif berasaskan reka bentuk kajian kes melibatkan seramai 11 peserta temu bual. Kajian ini menggunakan Persampelan Rawak Berstrata Berkadaran. Kesemua peserta kajian terdiri daripada pekerja PKS di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor serta Perak. Nilai kebolehpercayaan alpha bagi keseluruhan pembolehubah antara 0.846 hingga 0.966. Data kuantitatif menggunakan skor min, peratus, sisihan piawai, MANOVA dan regresi pelbagai. Data analisis kualitatif menggunakan analisis transkripsi temu bual. Dapatan menunjukkan tahap motivasi adalah tinggi (min=3.78, s.p=0.48) manakala tahap estim kendiri (min=3.56, s.p=0.41), tahap sokongan keluarga (min=3.31, s.p=0.38) dan tahap sokongan kerajaan (min=3.27, s.p=0.33) adalah sederhana sebaliknya tahap sokongan majikan adalah rendah (min=2.03, s.p=0.34). Perbandingan tahap motivasi, estim kendiri, sokongan keluarga, sokongan majikan dan sokongan kerajaan kepada pekerja menunjukkan perbezaan yang signifikan berdasarkan tahap pendidikan dan pendapatan. Analisis regresi mendapati dorongan motivasi memberi sumbangan sebanyak 37.5%, estim kendiri memberi sumbangan sebanyak 25%, sokongan keluarga memberi sumbangan sebanyak 22%, sokongan kerajaan memberi sumbangan sebanyak 5.1% dan sokongan majikan tidak signifikan (β=0.007). Dapatan daripada temu bual pula mendapati secara keseluruhannya terdapat keperluan kepada pekerja PKS untuk terlibat dalam program PSH dari perspektif pembangunan diri dan kerjaya. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan supaya program PSH perlu diteruskan namun beberapa kelemahan perlu diperbaiki. Selain itu, penyedia program hendaklah mempromosikan program PSH secara lebih meluas dan lebih berkesan. Manakala implikasi teori kajian menunjukkan Teori Penentuan Diri (Determination Theory) telah membuktikan bahawa dorongan motivasi intrinsik lebih mendominasi dorongan pekerja PKS untuk terlibat dalam program PSH.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectEntrepreneurship -- Study and teaching-
dc.subjectBusiness education-
dc.subjectLearning-
dc.subjectContinuing education-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePengaruh motivasi, estim kendiri, sokongan keluarga, majikan dan kerajaan terhadap keterlibatan pekerja Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)-
dc.typeTheses-
dc.format.pages366-
dc.identifier.callnoHB615.Z357 2019 tesis-
dc.identifier.barcode004300(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113168+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
16.99 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.