Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487967
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Mohd Yusri Kamarudin (P69683) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:34:46Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:34:46Z | - |
dc.date.issued | 2019-12-09 | |
dc.identifier.other | ukmvital:113164 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487967 | - |
dc.description | Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan satu aspek yang perlu diterapkan di dalam semua aspek pembelajaran, termasuk dalam penguasaan sesuatu bahasa terutamanya bahasa kedua. Ini kerana ia membolehkan pelajar menganalisis struktur bahasa yang dipelajari agar lebih memahaminya. Namun, aspek KBAT ini sering diabaikan dan kurang diberi penekanan sewajarnya. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan penerapan KBAT dalam pengajaran kemahiran bahasa Arab iaitu dalam aspek tatabahasa serta kemahiran lisan, membaca, dan menulis. Kajian Kes ini melibatkan empat orang guru bahasa Arab di sekolah rendah di Melaka yang dipilih secara bertujuan. Tiga persoalan kajian yang digariskan, iaitu: i) Apakah amalan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru-guru bahasa Arab semasa proses pengajaran di dalam bilik darjah?, ii) mengapakah guru menggunakan amalan tersebut ketika menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi semasa proses pengajaran di dalam bilik darjah? dan iii) bagaimanakah strategi pengajaran kemahiran berfikir dapat diterapkan dalam mengajar kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis murid? Data kajian ini telah dikumpulkan melalui temu bual mendalam yang ditriangulasi dengan data dari pemerhatian tidak turut serta dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru bahasa Arab telah menerapkan KBAT dalam pengajaran melalui i). Rekod Pengajaran Harian, ii) Aktiviti pengajaran dan iii) pentaksiran. Mereka menggunakan semua kata kerja kognitif iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mereka cipta. Di samping itu, hasil kajian mendapati terdapat lima rasional pemilihan kata kerja yang utama iaitu : i) saling perkaitan antara aras kognitif, ii) dapat mengaplikasikan bahasa Arab di dalam kelas; iii) penglibatan aktif dalam aktiviti pembelajaran, iv) membina kefahaman dan v) menjana idea. Selain itu dalam menerapkan KBAT guru boleh menggunakan salah satu dari dua belas strategi penerapan iaitu: i) kata kerja KBAT, ii) pendekatan KBAT, iii) aras kognitif murid, iv) secara beransur-ansur, v) model berfikir, vi) penggunaan Lughatul Fasli, vii) didik hibur, viii) pembelajaran aktif, ix) konteks agama, x) penyoalan aras tinggi, xi) teknik berfikir dan xii) alat berfikir. Dalam aspek penerapan KBAT dalam pengajaran tatabahasa, kajian menunjukkan guru menggunakan kaedah nahu terjemah bagi memudahkan murid memahami kandungan bahasa Arab. Kajian juga mendapati dalam menerapkan KBAT guru juga menerapkan nilai spiritual dalam aktiviti pengajaran. Implikasi utama kajian dapat dilihat dalam tiga aspek i) kemahiran bahasa, kemahiran berfikir dan kemahiran pedagogi, ii) ilmu bahasa Arab dan pengajaran berasaskan otak , dan iii) realiti pemerolehan bahasa dan persekitaran pembelajaran.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Arabic language -- Study and teaching (Primary) -- Malaysia | |
dc.subject | Thought and thinking | |
dc.subject | Cognitive learning | |
dc.subject | Educational tests and measurements | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Amalan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran bahasa Arab sekolah kebangsaan | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 375 | |
dc.identifier.callno | PJ6068.M4M849 2019 tesis | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_113164+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 7.12 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.