Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487964
Title: Kesediaan dan amalan guru dalam pengajaran Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) sekolah menengah di Malaysia
Authors: Sri Andayani Mahdi Yusuf (P87530)
Supervisor: Mohd Aderi Che Noh, Prof. Madya Dr.
Keywords: Islam -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia
Islamic education -- Koranic teaching
Islamic religious education -- Malaysia
Education
Secondary -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Sep-2019
Description: Kajian ini bertujuan untuk melihat kesediaan dan amalan pengajaran guru tahfiz berdasarkan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap di sekolah-sekolah menengah yang melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) di Malaysia. Kajian ini dilakukan ke atas 14 buah sekolah SMKA/ SBP (TMUA) di seluruh zon di Malaysia dan 7 buah sekolah SABK di beberapa buah negeri yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini dijalankan melalui reka bentuk kuantitatif dengan kaedah soal selidik ke atas 621 orang guru tahfiz. Data diperolehi berdasarkan 122 item yang telah diubah suai daripada beberapa kajian terdahulu serta DSKP pendidikan tahfiz KPM. Data diperoleh melalui analisis statistik deskriptif dan statistik inferensi dengan menggunakan IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 25.0. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran komunikasi dan kemahiran psikologi berada pada tahap tinggi. Seterusnya aspek pengetahuan isi kandungan Hifz al-Quran, isi kandungan Maharat al-Quran, pengetahuan kurikulum serta aspek sikap guru berada pada tahap tinggi. Seterusnya, amalan pengajaran guru subjek Hifz al-Quran mendapati min yang sederhana rendah pada sesi permulaan sahaja manakala pada sesi perkembangan dan penutup berada pada tahap tinggi. Amalan pengajaran Maharat al-Quran mendapati ketiga-tiga sesi pengajaran guru mendapati nilai min pada tahap tinggi iaitu sesi permulaan, perkembangan dan penutup. Kajian mendapati guru lelaki mempunyai kemahiran dan sikap yang lebih tinggi berbanding guru perempuan. Seterusnya, kajian mendapati guru di sekolah TMUA Lebih berkemahiran mengajar berbanding dengan guru di sekolah SABK. Terdapat hubungan yang signifikan antara kesediaan guru tahfiz dengan amalan pengajaran kurikulum bersepadu tahfiz (KBT) iaitu r = 0.70. Kajian ini mendapati generasi al-Quran yang dibangunkan melalui kurikulum KBT merupakan generasi yang menampilkan keunikan dan kesediaan tinggi dari segi ilmu pengetahuan, berkemahiran dan sikap positif yang memberi pengaruh besar terhadap pendidikan tahfiz khususnya dalam pengajaran Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT). Justeru, kajian mencadangkan agar guru terus memperkukuh dan mempertingkatkan usaha dalam meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran khususnya dalam pedagogi guru tahfiz ke arah persediaan yang lebih rapi.,Ph.D.
Pages: 326
Call Number: BP43.M4S685 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_112748+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.2 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.