Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487958
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Kamisah Osman, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Nurazidawati Mohamad Arsad (P61651) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:34:39Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:34:39Z | - |
dc.date.issued | 2019-05-27 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:110162 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487958 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan modul Tauhidik STEM Kids terhadap literasi saintifik, efikasi kendiri dalam STEM dan nilai murni murid Tahun Lima dalam pembelajaran topik 'Tenaga'. Modul ini bersandarkan kepada dua teori pembelajaran iaitu teori konstruktivisme dan constructionism berserta teori dan model berkaitan dengan penerapan nilai murni. Berdasarkan gabungan teori dan model berkenaan, pendekatan PdP proses reka bentuk kejuruteraan dan inkuiri serta PSTI-Ilmu dan Iman (Pengajaran Sains Tabii Islam - Ilmu dan Iman) diintegrasi bagi membentuk fasa pengajaran Tauhidik STEM Kids. Pembangunan modul dilaksanakan mengikut fasa dalam model ADDIE. Bagi menguji keberkesanan modul Tauhidik STEM Kids, reka bentuk kuasi-eksperimen jenis Praujian dan Pascaujian Berkumpulan Kawalan Tidak Setara digunakan. Sejumlah 116 orang murid murid tahap keupayaan tinggi (n=61) dan tahap keupayaan sederhana (n=55) dipilih sebagai responden kajian. Sebuah sekolah dikategori sebagai kumpulan kawalan (n=57) dan sebuah lagi dikategori sebagai kumpulan rawatan (n=59). Kumpulan rawatan menggunakan modul Tauhidik STEM Kids manakala kumpulan kawalan melaksanakan pengajaran secara konvensional. Pengumpulan data dilakukan melalui ujian literasi saintifik dan soal selidik efikasi kendiri dalam STEM serta nilai murni. Dapatan ujian ANOVA dua-hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan kawalan dan rawatan dalam literasi saintifik khususnya untuk pencapaian sains. Dapatan MANOVA pengukuran berulang juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan terhadap domain literasi saintifik dari praujian ke pascaujian dari segi pengetahuan dan aplikasi sains. Manakala efikasi kendiri dalam STEM dan nilai murni walaupun tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi kesan interaksi antara masa ujian dengan kumpulan, namun terdapat perbezaan yang signifikan antara praujian ke pascaujian jika tidak melibatkan perbandingan kumpulan. Perbezaan yang signifikan bagi domain efikasi kendiri dalam STEM adalah efikasi kendiri dalam sains dan efikasi kendiri dalam kejuruteraan, bagi domain nilai murni pula adalah nilai rasional, kerjasama dan menghargai alam dan sumbangan sains dan teknologi. Seperti yang dijangka, murid tahap keupayaan tinggi mengatasi murid tahap keupayaan sederhana dalam literasi saintifik. Secara deskriptif, jurang literasi saintifik murid kumpulan rawatan antara murid tahap keupayaan tinggi dan tahap keupayaan sederhana tidak jauh berbeza dengan beza nilai skor min pascaujian 9.66 berbanding kumpulan kawalan 11.31. Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa penggunaan modul Tauhidik STEM Kids melalui pendekatan pengintegrasian pendidikan STEM serta pendekatan penerapan nilai murni yang sistematik boleh dilaksanakan dalam PdP sains sekolah rendah. Ia juga dapat meningkatkan literasi saintifik, efikasi kendiri dalam STEM serta nilai murni murid. Justeru, modul Tauhidik STEM Kids dapat dijadikan sebagai satu sumber panduan PdP kepada guru serta bahan pembelajaran berguna untuk murid.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Instructional systems | - |
dc.subject | Science -- Study and teaching | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pembangunan dan keberkesanan modul Tauhidik STEM Kids terhadap literasi saintifik, efikasi kendiri dan nilai murni bagi topik tenaga | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 480 | - |
dc.identifier.callno | LB1028.35.N837 2019 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110162+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.07 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.