Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487957
Title: Kemahiran membuat keputusan, kerohanian, pengaturan kendiri dan pengurusan tingkah laku dalam kalangan pelajar sekolah menengah
Authors: Mazli Sham Abdullah (P69678)
Supervisor: Saemah Rahman, Prof. Dr.
Keywords: Behavior modification
Decision making in children
Learning
Psychology of
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 4-May-2019
Description: Pembangunan potensi murid remaja secara holistik dan bersepadu untuk mencipta insan yang seimbang telah termaktub dalam falsafah pendidikan di Malaysia. Namun, kajian terkini secara berasingan menunjukkan pengurusan tingkah laku, kemahiran dalam membuat keputusan, kerohanian dan pengaturan kendiri kebanyakan murid remaja adalah pada tahap membimbangkan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti pengurusan tingkah laku, kemahiran dalam membuat keputusan, kerohanian dan pengaturan kendiri remaja secara serentak. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti hubungan dan sumbangan kemahiran membuat keputusan, kerohanian, pengaturan kendiri terhadap pengurusan tingkah laku murid serta mengenal pasti perbezaan pengurusan tingkah laku, kemahiran dalam membuat keputusan, kerohanian dan pengaturan kendiri murid remaja mengikut jantina. Kajian dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan kaedah kuantitatif yang menggunakan satu set instrumen soal selidik. Sampel kajian dipilih secara secara rawak berlapis yang melibatkan 567 orang pelajar tingkatan empat. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian SPSS 24. Kajian ini telah menunjukkan dapatan deskriptif kemahiran membuat keputusan, kerohanian dan pengurusan tingkahlaku dalam kalangan murid berada pada tahap sederhana. Manakala melalui analisis MANOVA, kajian ini telah menunjukan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran membuat keputusan, pengaturan kendiri dan pengurusan tingkahlaku dalam kalangan murid berdasarkan jantina, namun terdapat perbezaan yang signifikan kerohanian dalam kalangan murid berdasarkan jantina. Kajian ini telah menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan antara pengurusan tingkah laku dengan kemahiran membuat keputusan (r = 0.758), kerohanian (r = 0.743) dan pengaturan kendiri (r = 0.620) melalui analisis Korelasi Pearson dan disokong oleh sumbangan yang signifikan (66.2%) kemahiran membuat keputusan, kerohanian dan pengaturan kendiri terhadap pengurusan tingkahlaku dalam kalangan murid. Kajian ini diharapkan memberikan maklumat tentang keadaan murid remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini turut memberikan sumbangan teoritikal dan praktikal kepada murid, guru, sekolah dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mencipta generasi yang seimbang antara aspek fizikal, emosi, rohani dan intelektual berdasarkan keyakinan dan kepatuhan kepada Tuhan.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.
Pages: 251
Call Number: LB1060.2.M339 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_109502+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.