Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487954
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Effandi Zakaria, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Hazram Ismail (P63191) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:34:36Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:34:36Z | - |
dc.date.issued | 2019-03-29 | |
dc.identifier.other | ukmvital:109134 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487954 | - |
dc.description | Bakal guru merupakan generasi baharu golongan pendidik yang akan mencorakkan profesion perguruan pada masa akan datang. Mereka perlu menguasai beberapa aspek pengetahuan dan kemahiran supaya selari dengan corak pengajaran yang berlandaskan pedagogi abad ke-21. Komitmen bakal guru untuk menggunakan teknologi dalam pengajaran amat diperlukan bagi melahirkan murid yang kreatif dan berfikiran aras tinggi. Justeru, kajian yang dilaksanakan ini adalah bagi memeriksa hubungan struktural antara pengetahuan teknologi pedagogi isi kandungan, efikasi kendiri terhadap teknologi dan keinginan menggunakan teknologi dalam kalangan bakal guru matematik. Kajian ini juga ingin menentukan kewujudan faktor pengantara antara ketiga-tiga konstruk yang terlibat. Seramai 283 responden yang terdiri daripada pelajar tahun akhir Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru. Responden dipilih melalui persampelan rawak berstrata dari seluruh Malaysia. Satu set soal selidik yang mengandungi 58 item berskala Likert lima mata digunakan sebagai instrumen kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis komponen prinsipal (PCA) melalui perisian IBM SPSS Statistics versi 21. Manakala AMOS versi 21 digunakan bagi menjana model persamaan struktural, analisis laluan dan analisis faktor pengesahan (CFA) bagi menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara pengetahuan teknologi pedagogi isi kandungan dengan keinginan menggunakan teknologi; hubungan positif yang signifikan antara pengetahuan teknologi pedagogi isi kandungan dengan efikasi kendiri terhadap teknologi; dan hubungan positif yang signifikan antara efikasi kendiri terhadap teknologi dengan keinginan menggunakan teknologi. Dapatan kajian juga menunjukkan efikasi kendiri terhadap teknologi merupakan pengantara separa antara pengetahuan teknologi pedagogi isi kandungan dengan keinginan menggunakan teknologi. Akhirnya, penambahbaikkan dalam aspek reka bentuk aktiviti dan latihan perguruan dapat dilaksanakan sebagai satu usaha melengkapkan bakal guru dengan pengetahuan, strategi pengajaran dan kemahiran menggunakan teknologi dalam bilik darjah.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Education -- Effect of technological innovations on | |
dc.subject | Educational technology | |
dc.subject | Mathematics -- Study and teaching | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pengetahuan teknologi pedagogi isi kandungan, efikasi kendiri terhadap teknologi dan keinginan menggunakan teknologi bakal guru matematik sekolah rendah | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 224 | |
dc.identifier.callno | LB1028.3.H399 2019 tesis | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_109134+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.48 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.