Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487947
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamisah Osman, Prof. Dr.
dc.contributor.authorWong Li Li (P82861)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:34:30Z-
dc.date.available2023-10-11T09:34:30Z-
dc.date.issued2019-06-01
dc.identifier.otherukmvital:108338
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487947-
dc.descriptionKesejajaran antara tiga elemen asas pendidikan iaitu kurikulum, pengajaran dan pentaksiran merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi keseimbangan proses pendidikan. Guru sebagai penggerak dan barisan hadapan yang melaksanakan kurikulum bertulis di sekolah perlu mempunyai pengetahuan dalam ketiga-tiga aspek ini untuk pengajaran berkesan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan berstruktur antara pengetahuan asas pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan kemahiran berfikir dan pengetahuan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dengan amalan pengajaran guru matematik sekolah rendah di Semenanjung Malaysia dalam konteks Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Seramai 394 responden terpilih melalui pensampelan rawak berstrata dari Semenanjung Malaysia mengikut zon. Empat persoalan kajian yang dikemukakan meliputi kesepadanan model pengukuran, model berstruktur serta kewujudan pemboleh ubah pengantara dan moderator dalam model berstruktur yang dihipotesiskan. Hubungan berstruktur antara konstruk diteroka menggunakan perspektif kuantitatif. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian tinjauan silang yang melibatkan tiga fasa iaitu fasa praujian instrumen, kajian rintis dan kajian sebenar. Instrumen utama kajian ialah soal selidik yang telah diadaptasi daripada beberapa kajian lepas. Prosedur penentuan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dilakukan untuk memastikan inferens yang dibuat berdasarkan data yang dipungut adalah sah dan boleh dipercayai. Data disemak bagi memenuhi syarat asas dan andaian statistik sebelum dianalisis. Penganalisisan data kajian melibatkan statistik deskriptif untuk memerihal maklumat demografi responden dan statistik inferensi untuk menguji hipotesis yang dijana. Analisis Faktor Pengesahan (CFA) dan Pemodelan Persamaan Berstruktur (SEM) digunakan untuk mengenal pasti hubungan berstruktur antara konstruk menggunakan perisian IBM SPSS AMOS versi 23. Dapatan menunjukkan model pengukuran mempunyai kesepadanan dengan data empirikal dan terdapatnya hubungan berstruktur antara keempat-empat konstruk utama. Konstruk pengetahuan asas pengajaran dan pembelajaran sebagai pemboleh ubah pengantara terbukti menjelaskan hubungan berstruktur antara konstruk pengetahuan kemahiran berfikir dengan amalan pengajaran. Pengalaman mengajar dan opsyen guru didapati berfungsi sebagai moderator dalam hubungan berstruktur antara konstruk pengetahuan asas pengajaran dan pembelajaran dengan amalan pengajaran. Dapatan kajian ini telah memberi implikasi terhadap kepentingan kesejajaran pengetahuan guru dalam kurikulum, pengajaran dan pentaksiran yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectMathematics -- Study and teaching
dc.subjectPrimary school teaching
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleHubungan berstruktur antara pengetahuan dengan amalan pengajaran guru Matematik sekolah rendah dalam konteks KSSR
dc.typeTheses
dc.format.pages349
dc.identifier.callnoQA16.W635 2019 tesis
dc.identifier.barcode003889(2019)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108338+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
16.44 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.