Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487937
Title: Pencapaian matlamat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran Sains: satu penilaian awal
Authors: Dewani Goloi (P76080)
Supervisor: Kamisah Osman, Prof. Dr.
Keywords: Educational tests and measurements -- Malaysia
Issue Date: 8-Jan-2018
Description: Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan inovasi baharu dalam sistem pentaksiran di Malaysia yang dimulakan pada tahun 2012. PBS berhasrat mentaksir murid secara berterusan dengan penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran serta mengurangkan kebergantungan kepada peperiksaan berpusat. Matlamat utama pelaksanaan PBS ialah kejayaan guru mengenali dan meningkatkan potensi pembelajaran murid secara holistik. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan PBS dalam mata pelajaran sains serta mengenalpasti jurang pelaksanaan PBS berdasarkan faktor demografi dalam kalangan guru sains. Kajian penilaian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Model Penilaian Tyler digunakan kerana model ini menyokong kuat pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar seperti mana yang dihasratkan dalam PBS. Instrumen yang digunakan ialah instrumen soal selidik menggunakan skala Likert lima mata. Responden terdiri daripada 330 orang guru Sains yang dipilih secara rawak. Data dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif peratusan dan min serta analisis statistik inferensi ujian-t, ANOVA satu hala dan regresi berganda stepwise. Dapatan menunjukkan bahawa pencapaian matlamat PBS dan pelaksanaan amalan PBS oleh guru adalah pada tahap sederhana. Amalan yang menyumbang secara signifikan kepada pencapaian matlamat PBS ialah pencapaian objektif pembelajaran sains dan nilai murni. Amalan pentaksiran formatif yang menyumbang kepada pencapaian matlamat PBS ialah sikap murid rajin bertanya, guru sentiasa menganalisis kerja murid, murid diberitahu kemahiran yang akan ditaksir, guru memberikan banyak aktiviti pemulihan kepada murid berpencapaian rendah dan guru mencerap kemahiran proses sains secara holistik. Didapati bahawa terdapat jurang yang signifikan dalam pelaksanaan PBS berdasarkan jantina guru, penggunaan bahasa pengantar dan jenis sekolah. Manakala tidak terdapat jurang pelaksanaan PBS yang signifikan berdasarkan lokasi sekolah dan pengalaman guru. Hasil dapatan kajian ini menyimpulkan bahawa tahap pencapaian matlamat PBS kurang memuaskan. Guru perlu mempertingkatkan kemahiran pedagogi dan pentaksiran formatif semasa melaksanakan PBS terutama dalam aspek pembelajaran konstruktivisme bagi membolehkan mereka mengenali potensi pembelajaran murid dengan lebih meyakinkan.,Ph.D.
Pages: 326
Call Number: LB3058.M4D439 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_102621+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
9.33 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.