Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487935
Title: Amalan pengajaran pensyarah tahfiz di Maahad Tahfiz al-Quran kelolaan JAKIM
Authors: Ashraf Ismail (P59244)
Supervisor: Ab. Halim Tamuri, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Islamic education -- Malaysia
Issue Date: 8-Jul-2018
Description: Kajian berbentuk kualitatif ini dilakukan untuk mengkaji amalan pensyarah tahfiz al-Quran di Malaysia. Pensyarah tahfiz tersebut ialah tenaga pengajar yang melaksanakan pengajaran tahfiz yang menjadi mata pelajaran teras yang wajib diikuti oleh semua pelajar dalam program Diploma Tahfiz Al-Quran wa al-Qiraat kelolaan JAKIM. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan Model al-Qabisi dan al-Nawawi yang telah diadaptasikan bagi memperlihatkan proses pengajaran tahfiz. Model ini telah menjadi kerangka konseptual kajian dengan beberapa pengubahsuaian yang dibuat berdasarkan kesesuaiannya dengan amalan pensyarah tahfiz al-Quran di Malaysia. Kajian tentang amalan pensyarah tahfiz dalam melaksanakan tahfiz al-Quran ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat secara lebih mendalam tentang amalan yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga turut mengkaji kaedah hafazan yang menjadi amalan pensyarah. Ciri keperibadian sebagai seorang pensyarah tahfiz turut dibincangkan kerana ia penting dalam melahirkan pelajar tahfiz yang memelihara dan mengekalkan al-Quran dalam ingatan mereka. Seramai enam orang pensyarah Tahfiz al-Quran dari empat buah Maahad Tahfiz di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dipilih sebagai peserta di dalam kajian ini. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes bagi memperoleh data kajian melalui temu bual, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen. Data temu bual, pemerhatian pengajaran dan analisis dokumen dikumpul dan diurus menggunakan perisisan Nvivo8. Kesahan data dilakukan secara memeriksa kesan penyelidik, triangulasi pelbagai sumber data, bertaklimat dengan rakan sejawat dan pengesahan daripada peserta kajian. Kebolehpercayaan data pula diperoleh melalui audit trail dan mendapatkan perakuan pakar berasaskan nilai persetujuan pekali Cohen Kappa. Secara keseluruhannya, didapati semua peserta kajian telah merujuk proforma tahfiz yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga amalan yang dilakukan semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Tahfiz didapati hampir sama dengan amalan guru sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Amalan selepas pengajaran dan pembelajaran tahfiz juga didapati bersesuaian dengan usaha untuk memastikan berlakunya proses pengekalan hafazan dalam ingatan pelajar dengan mengadakan kelas muraja'ah, halaqah al-Quran dan amalan membacanya di dalam solat. Berdasarkan kepada kaedah hafazan yang menjadi amalan pengajaran dan pembelajaran pensyarah tahfiz al-Quran didapati kaedah talaqqi, musyafahah dan tasmi' merupakan kaedah yang masyhur semasa proses menghafaz. Ini juga disebabkan pengaruh daripada syeikh-syeikh mereka terdahulu sewaktu melanjutkan pelajaran di Timur Tengah. Berkaitan dengan ciri keperibadian yang menjadi amalan pensyarah tahfiz, menunjukkan bahawa mereka telah mengamalkan ciri keperibadian yang terpuji sesuai untuk dijadikan contoh kepada pelajar mereka. Secara keseluruhannya dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan panduan untuk meningkat lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran serta menambah baik amalan keperibadian mereka bersesuaian dengan matlamat untuk melahirkan Huffaz yang Rasikh.,Ph.D.
Pages: 501
Call Number: LC915.M33A834 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_102618+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
9.17 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.