Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487933
Title: Penerimaan dan penggunaan inovasi persekitaran pembelajaran maya (VLE) dalam kalangan guru
Authors: Azman Jais (P62442)
Supervisor: Siti Fatimah Mohd Yassin, Dr.
Keywords: Distance education -- Computer-assisted instruction
Issue Date: 7-Feb-2018
Description: Kajian ini menggunakan Model Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) untuk menilai tahap penerimaan dan penggunaan inovasi persekitaran pembelajaran Maya (VLE) dalam kalangan guru. Aspek yang dikaji adalah tingkat jangkaan prestasi, tingkat jangkaan mudah guna, pengaruh sosial, kemudahan sokongan, sikap, kebimbangan, dan keinovatifan domain teknologi maklumat serta motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan reka bentuk tinjauan. Sampel kajian kuantitatif seramai 364 orang guru daripada sekolah Zon tengah dan zon selatan di Malaysia. Nilai Cronbach Alpha secara keseluruhan item soal selidik antara 0.805 hingga 0.949. Data dianalisis menggunakan skor min, peratus dan sisihan piawai, Manova, Anova dan regresi. Dapatan kajian menunjukkan penerimaan guru daripada aspek tingkat jangkaan mudah guna, pengaruh sosial, kemudahan sokongan, sikap, kebimbangan dan keinovatifan domain teknologi maklumat adalah sederhana. Manakala tingkat jangkaan prestasi menunjukkan tahap yang tinggi. Aspek keinginan mengguna menunjukkan tahap yang tinggi manakala tahap penggunaan inovasi VLE adalah sederhana. Pada keseluruhannya motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik guru terhadap penerimaan dan penggunaan inovasi VLE adalah pada tahap sederhana. Perbandingan tahap Tingkat Jangkaan Prestasi (TJP), Tingkat Jangkaan Mudah Guna (TJMG), Pengaruh Sosial (PS), Kemudahan Sokongan (KS), Keinovatifan Domain teknologi Maklumat (KDMT) terhadap penerimaan dan penggunaan VLE menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan pengalaman, latihan dan kerelaan. Analisis regresi mendapati tiga pemboleh ubah bebas (sikap, KDMT, TJMG) memberi sumbangan 46.0 peratus terhadap keinginan mengguna. Empat pemboleh ubah bebas (KS, KDMT, TJMG, Latihan) memberi sumbangan sebanyak 34.6 peratus terhadap penggunaan inovasi VLE. Analisis regresi juga menunjukkan motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik memberi sumbangan sebanyak 40.4 peratus terhadap keinginan mengguna manakala sumbangan sebanyak 30.1 peratus terhadap penggunaan inovasi VLE. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan supaya program ini diteruskan namun perlu usaha penambahbaikan supaya guru dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan perubahan tingkah laku. Latihan, pemantauan yang sistematik dan berterusan perlu dilakukan dalam memastikan penerimaan dan penggunaan inovasi VLE dalam kalangan guru dapat ditingkatkan.,Ph.D.
Pages: 343
Call Number: LC5803.C65A996 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101393+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.55 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.