Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487923
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamisah Osman, Prof. Dr.
dc.contributor.authorMurugan Mini Ratamun (P76074)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:34:09Z-
dc.date.available2023-10-11T09:34:09Z-
dc.date.issued2018-03-08
dc.identifier.otherukmvital:100986
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487923-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Makmal Maya (Modul MM) dan menilai keberkesanan Modul MM ini dari segi pencapaian dalam topik garam, penguasaan Kemahiran Proses Sains (KPS), dan sikap terhadap kimia dalam kalangan pelajar tingkatan empat serta mengenal pasti keutamaan yang pelajar berikan kepada jenis makmal bagi menjalankan eksperimen. Modul MM dibangunkan dengan menggunakan elemen-elemen dalam Model Kemp. Pembinaan Modul MM adalah melalui pengintegrasian Teori Konstruktivisme, Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia, pendekatan kontekstual dan pendekatan kolaboratif. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimental ujian pra-pasca kumpulan kawalan yang tidak setara untuk membandingkan keberkesanan Modul MM dengan Makmal Fizikal (MF). Dua buah kelas aliran sains daripada setiap sekolah dijadikan sebagai kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kumpulan rawatan menggunakan Modul MM manakala kumpulan kawalan menggunakan MF bagi menjalankan eksperimen dari bahagian pengesahan anion dan kation dan analisis kualitatif kenal pasti garam dalam topik garam. Secara keseluruhannya, seramai 64 orang pelajar lelaki dan 83 orang pelajar perempuan terlibat dalam kajian ini. Proses pengumpulan data dilakukan melalui Ujian Pencapaian (UPPG), Ujian Pengesahan KPS (UKPS), Soal Selidik Sikap Terhadap Kimia (ATCLS) dan Soal Selidik Keutamaan Terhadap Jenis Makmal (VPPEQ). Analisis ANCOVA dua hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min skor ujian pencapaian dan sikap pelajar terhadap kimia antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Manakala terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min skor ujian penguasaan KPS di mana min skor kumpulan kawalan (MF) adalah lebih baik berbanding min skor kumpulan rawatan. Selain itu, analisis ANCOVA dua hala juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min skor ujian pencapaian, ujian pengesahan KPS dan sikap pelajar terhadap kimia antara pelajar lelaki dan perempuan. Analisis kajian juga menunjukkan tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara kumpulan kajian dan jantina terhadap pencapaian, penguasaan KPS dan sikap pelajar terhadap kimia. Berdasarkan analisis ujian-t sampel-sampel bebas, terdapat perbezaan yang signifikan pada keutamaan pelajar terhadap jenis makmal bagi eksperimen yang dijalankan menggunakan MF antara pelajar lelaki dan perempuan. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi jantina pada keutamaan pelajar terhadap jenis makmal bagi eksperimen yang dijalankan menggunakan Modul MM. Walaupun penggunaan Modul MM tidak memberi kesan yang signifikan ke atas pemboleh ubah pencapaian, penguasaan KPS dan sikap pelajar terhadap kimia, tetapi ia telah memberi implikasi yang baik ke atas amalan pembelajaran eksperimen dalam kalangan pelajar. Tambahan, aktiviti kumpulan secara kolaboratif dan soalan perbincangan dalam setiap eksperimen telah membantu pelajar untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran eksperimen dan seterusnya memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan mata pelajaran kimia. Modul MM dapat memberi implikasi sebagai kaedah pembelajaran alternatif sekiranya isi kandungan modul dapat dikaji semula dan ditambah baik. Selain itu, keputusan kajian yang lebih signifikan mungkin dapat diperoleh sekiranya masa dan responden kajian ditambah serta reka bentuk dan kaedah kajian diubah.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectMakmal
dc.subjectMedical laboratories
dc.titlePembangunan dan keberkesanan makmal maya berbanding makmal fizikal dalam pembelajaran topik garam kimia tingkatan empat
dc.typeTheses
dc.format.pages564
dc.identifier.callnoR860.M837 2018 tesis
dc.identifier.barcode003439(2018)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100986+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.57 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.