Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487921
Title: Ciri guru cemerlang bahasa Melayu sekolah menengah kebangsaan di negeri Sarawak
Authors: Ong Sze Chong (P59214)
Supervisor: Zamri Mahamod, Prof. Dr.
Keywords: Teachers -- Professional ethics -- Malaysia
Issue Date: 18-Mar-2018
Description: Kajian ini bertujuan meneroka ciri kecemerlangan yang wujud pada Guru Cemerlang Bahasa Melayu (GCBM) sekolah menengah kebangsaan. Pendekatan penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini ialah pendekatan kualitatif. Pendekatan kualitatif yang digunakan dalam kajian ini ialah pendekatan kajian kes. Terdapat enam GCBM dipilih dalam kajian kes ini. Lima orang pengetua, 12 orang rakan sejawat yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, dan 12 orang pelajar dipilih untuk menjadi sampel kajian untuk melengkapkan dan mengukuhkan data temu bual GCBM. Data dianalisis menggunakan berbantukan perisian N'Vivo. Tema, subtema dan subsubtema pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc), kemahiran, ilmu dan pengalaman ilmu, keperibadian, dan motivasi GCBM dikenal pasti. Data kualitatif yang dikumpul bertujuan untuk meneroka kecemerlangan lima ciri GCBM dari segi PdPc, kemahiran, keperibadian, motivasi serta ilmu dan pengalaman ilmu Bahasa Melayu. Hasil dapatan kajian dari aspek PdPc GCBM 1 hingga GCBM 6 tidak menunjukkan sesuatu yang terlalu signifikan sebagaimana gelaran GCBM. Hasil dapatan kajian menunjukkan GCBM gagal mempelbagai penggunaan pendekatan dan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar, penggunaan bahan bantu mengajar serta tempat PdPc. Walau bagaimanapun, semua GCBM telah membantu pelajar mencapai kejayaan dalam peperiksaan hasil daripada perancangan dan persediaan peperiksaan yang dilaksanakan melalui edaran modul berasaskan tahap penguasaan pembelajaran pelajar. Dapatan kajian melalui pemerhatian mendapati bahawa terdapat GCBM yang mengajar dengan menggunakan pendekatan kuliah serta kaedah mengajar yang stereotaip menyebabkan PdPc di dalam kelas sangat membosankan pelajar. Aspek keperibadian dibahagikan kepada diri sendiri, pengetua, rakan sejawat, pelajar dan Tuhan. Aspek keperibadian diri sendiri memperlihatkan tiga peluh ciri keperibadian. Aspek keperibadian terhadap pelajar memperlihatkan sembilan ciri keperibadian. Aspek keperibadian terhadap pengetua dan rakan sejawat memperlihatkan lima ciri keperibadian. Aspek keperibadian terhadap Tuhan memperlihatkan 1 ciri keperibadian. Aspek motivasi ekstrinsik memperlihatkan lima ciri mendokong kecemerlangan GCBM. Motivasi intrinsik memperlihatkan enam ciri mendokong kecemerlangan GCBM. Perkara utama daripada ilmu ialah usaha menimba pelbagai ilmu dan memantapkannya. GCBM yang sangat aktif menyebarkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat pendidikan. Daripada dapatan penerokaan kelima-lima ciri ini terhasil lima model GCBM, iaitu Model Pembelajaran dan Pengajaran GCBM (MPPGCBM), Model Kemahiran GCBM (MKGCBM), Model Keperibadian GCBM (MKGCBM), Model Motivasi GCBM (MMGCBM), serta Model Ilmu dan Pengalaman ilmu GCBM (MIPGCBM). Hasil formulasi elemen lima model GCBM ini, pengkaji menemukan Model Pembelajaran dan Pemudahcaraan Bahasa Melayu Berkesan (MPPBMB). Model Pembelajaran dan Pemudahcaraan Bahasa Melayu Berkesan (MPPBMB) boleh dijadikan asas rujukan kepada pihak berkepentingan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sekolah dan pelajar.,Ph.D.
Pages: 491
Call Number: LB2832.4.M4O546 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100298+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
11.65 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.