Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487920
Title: | Hubungan penyeliaan dan pendekatan bimbingan dengan amalan praktikum guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia |
Authors: | Ishak Abd Manaf (P69684) |
Supervisor: | Ab. Halim Tamuri, Prof. Dato' Dr. |
Keywords: | Student teaching -- Malaysia -- Handbooks, manuals, etc. |
Issue Date: | 22-Feb-2018 |
Description: | Praktikum merupakan keperluan kepada guru pelatih menimba pengalaman sebenar profesion perguruan di sekolah. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini adalah untuk mengenal pasti hubungan penyeliaan dan pendekatan bimbingan pensyarah penyelia dan guru pembimbing dengan amalan praktikum guru pelatih di IPG Malaysia. Data diperolehi melalui satu set soal selidik yang melibatkan 423 sampel yang dipilih secara rawak berstrata dari tujuh IPGK di seluruh negara. Kajian mendapati penyeliaan pensyarah penyelia berada pada tahap tinggi (min = 4:01). Begitu juga dengan guru pembimbing (min = 3.88). Pendekatan bimbingan pensyarah penyelia berada pada tahap sangat tinggi (min = 4.50). Manakala guru pembimbing berada pada tahap tinggi (min = 4:37). Kajian juga menunjukkan bahawa amalan praktikum guru pelatih di IPG Malaysia berada pada tahap tinggi (min = 3.97). Kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam penyeliaan pensyarah penyelia berdasarkan jantina (t=-3.026). Begitu juga pendekatan bimbingan (t=-2.916), tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina dalam kalangan guru pembimbing (t=-0.171). Kajian juga mendedahkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap amalan praktikum guru pelatih IPG berdasarkan jantina (t=-2.414) dan kampus pengajian (f=4.055). Kajian seterusnya menunjukkan terdapat korelasi yang lemah di antara penyeliaan pensyarah penyelia terhadap amalan praktikum guru pelatih IPG (r=0.323). Namun, terdapat hubungan yang sederhana di antara pendekatan bimbingan pensyarah penyelia dengan amalan praktikum guru pelatih IPG (r=0.401). Walau bagaimana pun, terdapat hubungan yang lemah di antara penyeliaan guru pembimbing dengan amalan praktikum guru pelatih IPG (r=0.384), begitu juga pendekatan bimbingan guru pembimbing dengan amalan praktikum guru pelatih IPG (r=0.382). Seterusnya, daripada analisis regresi kajian ini mendapati bahawa penyeliaan pensyarah penyelia menyumbang sebanyak 10.1% dan penyeliaan guru pembimbing memberi 11.7% pengaruh terhadap amalan praktikum guru pelatih IPG. Manakala pendekatan bimbingan pensyarah penyelia menyumbang 21.4% dan pendekatan guru pembimbing menyumbang 16.6% terhadap amalan praktikum guru pelatih IPG. Kesimpulannya kajian ini menunjukkan bahawa penyeliaan dan pendekatan bimbingan merupakan elemen penting dalam membina amalan praktikum guru pelatih IPG. Praktikum juga adalah platform yang sesuai kepada pensyarah penyelia dan guru pembimbing meningkatkan amalan praktikum guru pelatih IPG dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.,Ph.D. |
Pages: | 418 |
Call Number: | LB2157.M4I836 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_100297+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.68 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.