Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487918
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Mohd Nasir Mohd Nor (P54417) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:34:05Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:34:05Z | - |
dc.date.issued | 2018-04-04 | |
dc.identifier.other | ukmvital:100118 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487918 | - |
dc.description | Mukhayyam (Pembelajaran luar kelas) bahasa Arab Tingkatan Tiga telah dilaksanakan oleh sebahagian Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing sama ada di peringkat daerah dan negeri. Bahan pembelajaran dalam Mukhayyam bahasa Arab dibina berdasarkan kepada pengalaman guru dan bukan berasaskan analisis keperluan pelajar dan guru. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membina kerangka modul Mukhayyam bahasa Arab Tingkatan Tiga KAA secara sistematik berasaskan kepada analisis keperluan pelajar dan guru. Kajian ini menggunakan model reka bentuk ADDIE lima fasa. Fasa pertama ialah fasa Analisis Keperluan, iaitu mendapat maklum balas dari pelajar dan guru dengan menggunakan ujian pengesanan dan soal selidik keperluan guru. Fasa kedua ialah mereka bentuk modul berdasarkan analisis keperluan pelajar dan guru. Fasa ketiga ialah membangunkan Modul Mukhayyam bahasa Arab Tingkatan Tiga KAA dengan menekankan tiga teori pembelajaran, iaitu teori Kontruktivisme, Behaviourisme, dan Kognitif. Fasa keempat ialah melaksanakan Modul. Fasa kelima ialah menilai dan mendapat maklum balas Modul Mukhayyam bahasa Arab Tingkatan Tiga KAA daripada pelajar dan guru serta mengenalpasti kesan Modul Mukhayyam bahasa Arab Tingkatan Tiga KAA ke atas pencapaian pelajar dalam ujian bulanan. Kajian ini melibatkan responden seramai 108 orang pelajar tingkatan 3 KAA dari 5 buah Sekolah Menengah yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Kajian ini juga melibatkan 33 orang guru bahasa Arab yang mengajar di sekolah Menengah KAA negeri Perak dipilih untuk mengenal pasti analisis keperluan modul. Untuk analisis keperluan, kajian ini menggunakan ujian pengesanan dan soal selidik untuk guru. Manakala untuk penilaian modul pula, kajian menggunakan soal selidik. Dapatan ujian pengesanan menunjukkan pelajar berada pada Tahap Bimbingan untuk bahagian qawaid dan ittisoliyyah, manakala untuk bahagian mufradat pula, pelajar berada pada tahap Kecewa. Dapatan soal selidik guru pula menunjukkan pelajar memerlukan kemahiran membina karangan dan sub-sub kemahirannya. Seterusnya, maklum balas Modul Mukhayyam bahasa Arab daripada kalangan pelajar dan guru dari aspek aplikasi teori pembelajaran berada di tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan perbezaan yang signifikan antara ujian bulanan pra-modul dengan ujian bulanan pasca modul. Kajian juga menunjukkan perbezaan yang signifikan antara tiga kategori pelajar. Sekaligus, keputusan kajian ini menunjukkan modul pembelajaran luar kelas perlu dibina secara sistematik dan berdasarkan analisis keperluan. Sumbangan kajian ini ialah pembinaan modul pembelajaran Bahasa Arab luar bilik darjah yang dibina secara sistematik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Arabic language -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia | |
dc.title | Pembinaan dan penilaian modul Mukhayyam bahasa Arab Tingkatan Tiga Kelas Aliran Agama (KAA) Negeri Perak | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 496 | |
dc.identifier.callno | PJ6068.M4M843 2018 tesis | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_100118+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 581.82 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.