Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487912
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Aisah Hasmam (P73069) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:33:59Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:33:59Z | - |
dc.date.issued | 2017-10-20 | |
dc.identifier.other | ukmvital:99803 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487912 | - |
dc.description | Kosa kata merupakan asas utama penguasaan suatu bahasa terutamanya bahasa kedua. Dalam konteks pendidikan bahasa Arab, guru bahasa Arab berperanan membantu pelajar untuk menguasai kosa kata yang diajarkan. Namun, aspek leksikal (kosa kata) sering diabaikan dan kurang diberi penekanan sewajarnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka amalan Guru Cemerlang Bahasa Arab (GCBA) dalam konteks pengajaran kosa kata Peringkat Menengah Rendah. Dua persoalan kajian yang digariskan, iaitu i) bagaimanakah amalan Guru Cemerlang Bahasa Arab dalam pengajaran kosa kata Peringkat Menengah Rendah? dan ii) apakah masalah yang dihadapi Guru Cemerlang Bahasa Arab ketika menyampaikan pengajaran kosa kata di dalam bilik darjah? Reka bentuk kajian adalah kualitatif berbentuk kajian kes. Peserta kajian terdiri daripada tujuh Guru Cemerlang Bahasa Arab Peringkat Menengah Rendah yang dipilih secara teknik pensampelan bertujuan. Data kajian ini telah dikumpulkan melalui temu bual mendalam, pemerhatian tidak turut serta dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Guru Cemerlang Bahasa Arab telah menggunakan tiga strategi utama dalam pengajaran kosa kata Peringkat Menengah Rendah. Tiga strategi utama tersebut ialah i) strategi pemilihan kosa kata bahasa Arab, ii) strategi pemahaman makna kosa kata bahasa Arab dan iii) strategi mengingat kosa kata bahasa Arab. Di samping itu, hasil kajian mendapati terdapat tiga masalah utama yang telah dihadapi oleh Guru Cemerlang Bahasa Arab ketika menyampaikan pengajaran kosa kata bahasa Arab di dalam bilik darjah, iaitu: i) masalah berkaitan penguasaan kosa kata bahasa Arab pelajar seperti masalah kelupaan, kekeliruan, kesilapan leksikal, kelemahan dari segi kemahiran berbahasa dan kekurangan kosa kata; ii) masalah berkaitan nilai yang merujuk kepada dua faktor, iaitu sikap pelajar dan keagamaan seperti tidak berkemahiran membaca al-Quran dan menulis tulisan jawi; dan iii) masalah berkaitan kandungan mata pelajaran Bahasa Arab. Satu penemuan baharu telah ditemui dalam reka bentuk pengajaran kosa kata GCBA Peringkat Menengah Rendah, iaitu melalui penerapan nilai spiritual dan penerapan amalan refleksi ketika menyampaikan pengajaran kosa kata di dalam bilik darjah. Implikasi terhadap teori, amalan pedagogi dan pihak berkepentingan turut dibincangkan bagi menyokong pembentukan kerangka pengajaran kosa kata GCBA Peringkat Menengah Rendah. Keunikan amalan GCBA dalam pengajaran kosa kata telah diusulkan sebagai sumbangan kajian seperti 14 kriteria pemilihan kosa kata bahasa Arab, enam kategori kosa kata, modul pengajaran kosa kata bahasa Arab dan teknik mengingat kosa kata bahasa Arab.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Bahasa Arab | |
dc.subject | Student teaching | |
dc.title | Amalan guru cemerlang bahasa Arab dalam pengajaran kosa kata peringkat menengah rendah | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 494 | |
dc.identifier.callno | LB2157.A387 2017 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003331(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_99803+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 16.35 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.