Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487900
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorEffandi Zakaria, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNoziati Borhan (P63932)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:33:47Z-
dc.date.available2023-10-11T09:33:47Z-
dc.date.issued2017-09-15
dc.identifier.otherukmvital:99225
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487900-
dc.descriptionGuru permulaan perlu menguasai beberapa aspek kemahiran dan sikap demi memenuhi agenda kerajaan yang pelbagai selari dengan pedagogi abad ke 21. Pengalaman yang telah dilalui oleh guru permulaan memberikan kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Komitmen guru permulaan amat perlu bagi melaksanakan kaedah dan strategi pengajaran bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif. Justeru itu, kajian yang dilaksanakan ini adalah bagi mengenal pasti hubungan struktural antara kepercayaan, sikap dan amalan pengajaran dalam kalangan guru permulaan sekolah rendah di Malaysia. Seramai 263 responden telah dipilih bagi terlibat dalam kajian ini melalui pensampelan secara rawak berstrata dari seluruh Malaysia. Satu set soal selidik yang mengandungi 91 item berskala Likert lima mata digunakan sebagai instrumen bagi fasa pemerolehan data. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis komponen prinsipal melalui perisian IBM SPSS Statistics 21. Manakala AMOS versi 21 digunakan bagi model persamaan struktural, analisis laluan dan analisis faktor kesahan (CFA) bagi menguji hipotesis kajian pada aras signifikan p<.05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif secara tidak langsung yang signifikan antara kepercayaan dan sikap serta sikap dengan amalan pengajaran. Namun begitu, kepercayaan tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan amalan pengajaran. Dapatan kajian turut mengenal pasti sikap merupakan pengantara yang menghubungkan antara kepercayaan dan amalan pengajaran. Akhirnya, penambahbaikan dan perubahan dari aspek reka bentuk aktiviti, latihan program pembangunan profesional dan program latihan keguruan dapat di laksanakan sebagai satu usaha melengkapkan guru permulaan dengan strategi pengajaran, kaedah, kemahiran yang diperlukan serta pengetahuan untuk melahirkan guru yang komited dalam bilik darjah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectPengajaran
dc.subjectMatematik
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleModel kepercayaan, sikap dan amalan pengajaran dalam kalangan guru permulaan matematik bagi sekolah rendah di Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages289
dc.identifier.barcode003271(2018)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99225+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
425.2 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.