Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487898
Title: Reka bentuk dan pembangunan modul pembelajaran tatabahasa Arab di Institut Pendidikan Guru Malaysia
Authors: Mohd Ridhuan Jusoh (P66583)
Supervisor: Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof. Madya Dr.
Keywords: Bahasa Arab
Pembelajaran
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 3-Jun-2018
Description: Kajian ini dijalankan untuk membangunkan modul pembelajaran tatabahasa Arab bagi meningkatkan kemahiran membaca teks Arab di IPGM dengan menggunakan kaedah reka bentuk dan pembangunan (Design and Development Research Approach). Terdapat tiga fasa yang perlu diikuti untuk pembangunan modul. Fasa pertama, melibatkan analisis keperluan yang menggunakan borang soal selidik yang telah dijalankan ke atas para pelajar dan pensyarah di IPGM. Ujian kemahiran membaca teks Arab turut dijalankan ke atas para pelajar bagi mendapatkan maklum balas tentang keperluan bagi menentukan kandungan pembelajaran tatabahasa Arab yang bersesuaian untuk membangunkan modul ini. Data yang diperoleh dianalisis melalui statistik deskriptif. Interpretasi analisis adalah berdasarkan nilai peratusan. Manakala data ujian kemahiran membaca teks Arab dikumpul daripada para pelajar yang telah diuji secara individu. Dapatan markah ujian kemahiran membaca teks Arab menunjukkan berada di tahap rendah. Fasa kedua melibatkan pakar bidang bahasa Arab bagi membina modul pembelajaran tatabahasa Arab tersebut menggunakan teknik Fuzzy Delphi. Fasa terakhir kajian ialah penilaian kepenggunaan modul pembelajaran tatabahasa Arab berdasarkan penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif modul diuji kepada pelajar dan pensyarah dengan menggunakan soal selidik. Dapatan memberikan gambaran jelas bahawa modul ini membantu mereka menguasai tatabahasa Arab dan memahami kaedah pembelajaran bahasa Arab yang betul untuk meningkatkan kemahiran membaca teks Arab. Seterusnya penilaian sumatif dijalankan ke atas pelajar dan pensyarah bahasa Arab untuk menilai kepenggunaan modul selepas penambahbaikan modul dilaksanakan. Dapatan menunjukkan mereka amat berpuas hati dengan isi kandungan komponen utama, kaedah pengajaran, aktiviti dan latihan yang disediakan dalam modul tersebut. Hasilan utama kajian ialah pembentukan modul pembelajaran tatabahasa Arab untuk meningkatkan kemahiran membaca teks Arab yang sedia boleh digunakan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia, pensyarah dan pelajar bahasa Arab.,Ph.D.
Pages: 300
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99223+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
483.05 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.