Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487887
Title: Pembangunan dan keberkesanan modul pengajaran pendekatan pendidikan matematik realistik ke atas kepercayaan matematik, perwakilan matematik dan kemahiran penyelesaian masalah matematik
Authors: Putri Yuanita (P45600)
Supervisor: Effandi Zakaria, Prof. Madya Dr.
Keywords: Matematik
Modul
Mathematics -- Study and teaching (Secondary) -- Indonesia
Issue Date: 22-Apr-2016
Description: Kajian ini merupakan kajian pembangunan modul dan eksperimen kuasi. Peringkata pertama adalah pembangunan modul pengajaran dengan pendekatan pemdidikan matematik realistik topik aritmetik sosial dan nisbah. Peringkat kedua merupakan kajian eksperimen kuasi bagi menentukan keberkesanan penggunaan pengajaran pendekatan pendidikan matematik realistik ke atas kepercayaan matematik,perwakilan matematik dan kemahiran penyelesaian masalah matematik. Pembangunan modul pengajaran pendekatan pendidikan matematik realistik melibatkan lima orang pakar, dua orang guru dan dua belas orang pelajar. Manakala, kajian eksperimen melibatkan seramai 645 orang pelajar tingkatan 1 Sekolah Menengah di Pekanbaru, Riau Indonesia. Seramai 219 orang pelajar dalam kumpulan rawatan satu, 209 pelajar kumpulan rawatan dua dan 217 orang pelajar dalam kumpulan kawalan. Data dikumpulkan dengan menggunakan soalan terbuka dan soal selidik kepercayaan matematik, perwakilan matematik dan kemahiran penyelesaian masalah matematik. Analisis kekerapan digunakan untuk menganalisis cadangan pakar, guru dan pelajar dalam membangunkan modul pengajaran pendekatan pendidikan matematik realistik. Analisis dengan menggunakan perisian ANATESV4 dijalankan bagi menentukan indeks kesukaran dan indeks diskriminan soalan ujian kemahiran penyelesaian masalah dan perwakilan matematik. Seerusnya, perisian SPSS 18.0 digunakan untuk menganalisis data kuantitatif yang melibatkan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Aanalisis deskriptif melibatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Manakala analisis inferensi melibatkan ujian-t tidak bersandar, Anova Satu Hala, Anova Dua Hala. Penilaian pakar, guru dan pelajar terhadap modul menunjukkan bahawa modul pengajaran dengan pendekatan matematik realistik dalam topik aritmetik sosial dan nisbah sesuai digunakan bagi pelajar sekolah menengah Tingkatan 1. Analisis kajian eksperimen menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan kepercayaan matematik pelajar berdasarkan kumpulan. Terdapat perbezaan yang signifikan kepercayaan matematik antara kumpulan dan keupayaan pelajar, terdapat interaksi yang signifikan antara kumpulan dengan jantina dalam kepercayaan matematik pelajar dalam topik aritmetik dan nisbah. Terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran penyelesaian masalah berdasarkan kumpulan. Terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran menyelesaikan masalah matematik antara kumpulan dengan keupayaan, terdapat interaksi yang signifikan antara kumpulan dan jantina, kumpulan dan keupayaan kemahiran penyelesaian masalah matematik dalam topik aritmetik dan nisbah. Terdapat perbezaan yang signifikan perwakilan matematik berdasarkan kumpulan. Diharapkan kajian ini dapat membantu pendidik menggunakan modul pengajaran dengan pendekatan matematik realistik bagi topik aritmatik sosial dan nisbah untuk pelajar Tingkatan 1, dan memberikan persediaan yang mencukupi bagi mengurangkan masalah yang timbul dalam penyelesaian masalah matematik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 376
Call Number: QA11.2.P838 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98334+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.