Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487886
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Effandi Zakaria, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Hamden Gani (P42810) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:33:36Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:33:36Z | - |
dc.date.issued | 2015-05-18 | |
dc.identifier.other | ukmvital:98332 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487886 | - |
dc.description | Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meninjau amalan dan meneroka proses gaya pengajaran Matematik dalam kalangan Guru Cemerlang sekolah rendah. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan metodologi grounded theory. Subjek kajian adalah terdiri daripada enam orang Guru Cemerlang sekolah rendah di Negeri Selangor. Data telah dikumpul menggunakan metod pemerhatian bukan peserta, temu bual semiberstruktur, dan analisis dokumen. Protokol pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen telah digunakan untuk merekod data. Analisis data dilakukan dengan menggunakan proses pengkodan terbuka, pengkodan perkaitan dan pengkodan terpilih. Dapatan pertama kajian ini menunjukkan bahawa terdapat 21 kategori gaya pengajaran Matematik telah muncul daripada data. Semua kategori tersebut telah dikategori semula kepada empat kategori utama, iaitu ulangkaji konsep serta kemahiran lepas, penyampaian konsep baharu, tunjuk cara kemahiran baharu, dan pengukuhan konsep serta kemahiran baharu. Dapatan kedua kajian ini menunjukkan bahawa terdapat enam kategori kondisi penyebab gaya pengajaran Matematik telah muncul daripada data, iaitu keperluan penilaian, penggunaan pengetahuan sedia ada, jadual waktu, penyampaian isi pelajaran baharu, pengalaman guru, dan perkembangan profesionalisme. Dapatan ketiga kajian ini menunjukkan bahawa terdapat 20 kategori strategi pelaksanaan gaya pengajaran Matematik. Kategori tersebut telah dikategori semula kepada empat kategori utama, iaitu tindakan guru, tindakan murid, interaksi murid-murid, dan interaksi guru-murid. Dapatan keempat kajian ini menunjukkan bahawa terdapat 17 kategori bagaimana konteks mempengaruhi pelaksanaan gaya pengajaran Matematik telah muncul daripada data. Kategori tersebut telah dikategori semula kepada empat kategori utama, iaitu bilik darjah, penglibatan murid, sikap murid dan sumber pengajaran serta pembelajaran. Dapatan kelima kajian ini menunjukkan bahawa terdapat 11 kategori bagaimana kondisi pencelahan mempengaruhi pelaksanaan gaya pengajaran Matematik telah muncul daripada data. Kategori tersebut telah dikategori semula kepada tiga kategori utama, iaitu penyalinan, pergerakan, dan keserentakan. Dapatan keenam kajian ini menunjukkan bahawa terdapat lima kategori hasil pembelajaran murid telah muncul daripada data, iaitu menjawab soalan atau menyelesaikan masalah secara beramai-ramai, berkumpulan, berpasangan, bantuan, dan individu. Perkaitan antara semua enam dapatan tersebut menjelaskan proses amalan gaya pengajaran Matematik dalam kalangan Guru Cemerlang sekolah rendah yang dikaji. Implikasi dapatan kajian serta cadangan cadangan berkaitan dengan melibatkan guru Matematik sekolah rendah, pensyarah dan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Jemaah Nazir Sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia turut dibincangkan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Matematik | |
dc.subject | Pengajaran | |
dc.subject | Pembelajaran | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Gaya pengajaran matematik dalam kalangan guru cemerlang sekolah rendah | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 362 | |
dc.identifier.barcode | 003084(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98332+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 554.03 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.