Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487885
Title: Pembangunan dan keberkesanan Modul Berasaskan Pendekatan Permainan (MBPP) dalam pendidikan awal matematik prasekolah
Authors: Lu Chung Chin (P61687)
Supervisor: Effandi Zakaria, Prof. Madya Dr.
Keywords: Matematik
Modul
Tingkah laku
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 9-Sep-2015
Description: Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menguji keberkesanan modul PdP iaitu Modul Berasaskan Pendekatan Permainan (MBPP). Terdapat dua peringkat kaedah kajian, iaitu (i) pembangunan modul MBPP dan (ii) keberkesanan modul MBPP. Modul MBPP dibangunkan berdasarkan elemen-elemen Model Morrison, Ross & Kemp (MRK). Di samping itu, teori-teori pembelajaran (Teori Konstruktivisme Kognitif Piaget, Teori Konstruktivisme Sosial Vygotsky, Teori Bebanan Kognitif, Teori Pembelajaran Sosial) dan Model Pembelajaran 5E digunakan untuk pembangunan komponen-komponen dalam MBPP. Semua komponen tersebut dinilai oleh pakar-pakar dengan menggunakan instrumen penilaian yang dibina oleh pengkaji. Kajian keberkesanan MBPP dijalankan dengan menggunakan kaedah kuasi-eksperimen ujian pra-pasca kumpulan kawalan tidak setara. Seramai 47 murid prasekolah dari Miri, Sarawak terlibat dalam kajian ini dengan 23 murid mewakili kumpulan rawatan dan 24 murid mewakili kumpulan kawalan. Pengumpulan data dibuat secara kuantitatif melalui ujian pencapaian matematik, skala tingkah laku pembelajaran, pemerhatian tingkah laku prososial dan keseronokan belajar. Data bagi pencapaian matematik dan skala tingkah laku pembelajaran dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 19.0. Data bagi pemerhatian tingkah laku prososial dan keseronokan belajar dianalisis dengan menggunakan perisian MS-Excel. Ujian-T Sampel-sampel Bebas menunjukkan terdapat perbezaan min skor ujian pasca pencapaian yang signifikan untuk kumpulan rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan. Ujian multivariat mendapati modul MBPP memberi kesan positif yang signifikan dengan nilai saiz kesan yang tinggi terhadap skor ketiga-tiga aspek tingkah laku pembelajaran. Kekerapan kewujudan tingkah laku prososial dan keseronokan yang ditunjukkan oleh kumpulan rawatan adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan. Terdapat empat implikasi dapatan kajian iaitu dari segi teori, amalan PdP, sekolah dan penggubal kurikulum. Seterusnya, kajian ini menyumbang dari segi penghasilan modul (MBPP), amalan PdP, instrumen-instrumen penilaian modul dan instrumen-instrumen kajian.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 298
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98331+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
502.17 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.