Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487878
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhammad Hussin, Prof. Madya Datuk Dr.
dc.contributor.authorNor Azman Mohamed (P66585)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:33:30Z-
dc.date.available2023-10-11T09:33:30Z-
dc.date.issued2017-03-17
dc.identifier.otherukmvital:97186
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487878-
dc.descriptionKajian keratan rentas ini berusaha untuk mengkaji faktor penentu yang mempengaruhi kesejahteraan kewangan pekerja muda. Keputusan kajian ini boleh digunakan untuk meningkatkan kefahaman mengenai perbezaan serta hubungan antara dan dalam kalangan penentu kesejahteraan kewangan. Seramai 391 pekerja muda telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Teknik persampelan rawak sistematik telah digunakan. Data dikumpulkan melalui soal selidik mod pelaporan kendiri. Analisis deskriptif menggunakan kaedah kekerapan, peratus, min, sisihan piawai dan julat manakala analisis inferensi mengaplikasikan kaedah pekali korelasi Pearson, ujian sampel t bebas, analisis varians dan analisis regresi berganda. Analisis deskriptif menunjukkan kekerapan yang sederhana dalam pemerhatian dan interaksi kewangan, begitu juga dalam tahap pengetahuan kewangan, tingkah laku kewangan dan kesejahteraan kewangan peserta. Analisis korelasi mendedahkan perkaitan yang signifikan antara umur, tahap pendidikan, pendidikan ibu bapa, pendapatan, simpanan, pinjaman dan kesejahteraan kewangan. Malah terdapat perkaitan yang signifikan dan kekuatan yang tinggi dalam pemerhatian serta interaksi kewangan dengan ibu bapa dalam pemerolehan pengetahuan dan tingkah laku kewangan peserta, seterusnya berupaya memacu kesejahteraan kewangan yang lebih baik. Kajian menunjukkan bahawa ibu bapa adalah agen sosialisasi kewangan dan model peranan yang penting berbanding rakan sebaya dalam menggalakkan pengetahuan yang lebih baik dan tingkah laku kewangan yang bertanggungjawab. Selain itu, peserta perempuan didapati lebih kerap memerhati dan berinteraksi dengan ibu bapa manakala peserta yang mempunyai ibu bapa berpendidikan tertiari lebih kerap memerhati dan berinteraksi dengan rakan sebaya dalam kewangan. Kajian menyerlahkan bahawa peserta lelaki, Melayu, umur pertengahan (30 sehingga 35 tahun), lulusan tertiari dan berpendapatan tinggi mencatatkan skor pengetahuan kewangan lebih baik. Peserta yang mempraktikkan tingkah laku kewangan lebih positif pula adalah peserta umur pertengahan, lulusan kemahiran, berkahwin dan berpendapatan lebih tinggi manakala peserta lebih berusia (36 sehingga 40 tahun), berkahwin, lulusan tertiari, berpendapatan tinggi, simpanan melebihi RM50 ribu dan pinjaman melebihi RM100 ribu memperoleh kesejahteraan kewangan lebih baik. Bukti menyarankan bahawa tahap pendidikan, tingkah laku kewangan dan umur adalah penyumbang terhadap kesejahteraan kewangan peserta. Kajian ini merumuskan bahawa pencapaian pendidikan yang lebih tinggi berupaya untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan pekerja muda. Justeru, kajian ini mencadangkan reka bentuk dan pelaksanaan program kewangan keibubapaan, pendidikan kewangan dan program intervensi yang lebih efektif untuk pekerja muda. Dapatan ini memberikan implikasi penting kepada pendidik, majikan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan pembuat dasar untuk lebih prihatin terhadap kesejahteraan kewangan generasi muda terutamanya di kawasan luar bandar.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectKewangan
dc.subjectKesejahteraan
dc.subjectPekerja
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleSosialisasi kewangan, pengaruh pengetahuan kewangan dan tingkah laku kewangan terhadap kesejahteraan kewangan pekerja muda
dc.typeTheses
dc.format.pages356
dc.identifier.barcode002931(2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97186+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
630.15 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.