Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487877
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorAhmad Sabri Noh (P61638)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:33:29Z-
dc.date.available2023-10-11T09:33:29Z-
dc.date.issued2017-02-27
dc.identifier.otherukmvital:97185
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487877-
dc.descriptionKajian kebolehbacaan teks bahasa Arab sedang berkembang di negara Arab, tetapi masih lagi di peringkat awal di Malaysia. Kekurangan panduan untuk menilai kesesuaian buku teks dengan pembaca sasaran menjadi kekangan yang mendorong kajian ini dijalankan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri linguistik yang berpotensi sebagai peramal kebolehbacaan buku teks berbahasa Arab sebagai langkah awal pembangunan kaedah pengukuran kebolehbacaan teks untuk penutur bukan jati. Sebanyak 315 sampel teks yang mengandungi 100 patah perkataan dipilih secara rawak daripada 105 buah buku teks tingkatan satu hingga tingkatan lima dalam Kurikulum Dini telah digunakan untuk analisis. Tujuh ciri linguistik yang dianalisis ialah perkataan biasa dan kerap, perkataan abstrak, ayat mudah, ayat kompleks, ayat kata nama, purata panjang ayat serta kata hubung dan penanda wacana. Analisis deskriptif, ANOVA, korelasi Pearson dan regresi berganda (stepwise) digunakan. Hasil analisis menunjukkan urutan taburan penggunaan paling seragam ialah ayat kompleks, ayat mudah, ayat kata nama, kata hubung dan penanda wacana, perkataan biasa dan kerap, purata panjang ayat dan perkataan abstrak. Kajian ini juga menunjukkan penggunaan ayat mudah berada pada tahap rendah. Ayat kompleks dan ayat kata nama berada pada tahap sederhana. Namun, tahap ayat kompleks lebih tinggi daripada ayat mudah dan mengikut urutan tingkatan melainkan ayat kata nama tidak mengikut urutan tingkatan. Perkataan biasa dan kerap berada pada tahap yang tinggi dalam semua tingkatan satu hingga lima dan mengikut urutan tingkatan, sebaliknya perkataan abstrak berada pada tahap rendah dan tidak mengikut urutan. Kata hubung dan penanda wacana pula berada pada tahap tinggi dalam teks tingkatan satu dan berada pada tahap sederhana dalam teks tingkatan dua, tiga, empat dan lima. Purata panjang ayat berada pada tahap tinggi dalam semua tingkatan. Ujian ANOVA menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam kekerapan penggunaan ayat kompleks, perkataan biasa dan kerap, kata hubung dan penanda wacana serta purata panjang ayat berdasarkan tingkatan. Ujian korelasi Pearson menunjukkan perkaitan negatif yang signifikan antara ayat kompleks, perkataan biasa dan kerap serta kata hubung dan penanda wacana dengan tahap kebolehbacaan teks. Purata panjang ayat menunjukkan perkaitan positif yang signifikan dengan tahap kebolehbacaan teks. Hasil ujian analisis regresi berganda (stepwise) pula menunjukkan kombinasi perkataan biasa dan kerap, kata hubung dan penanda wacana serta purata panjang ayat menyumbang sebanyak 44.6 terhadap tahap kebolehbacaan teks. Hasil kajian ini, boleh dimanfaatkan dalam kajian seterusnya bagi membangunkan kaedah pengukuran kebolehbacaan teks berbahasa Arab untuk pelajar bukan penutur jati berdasarkan ciri-ciri linguistik sebelum penulisan atau pemilihan buku teks.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectBuku teks
dc.subjectBahasa Arab
dc.subjectLinguistik
dc.subjectKebolehbacaan
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleCiri-ciri linguistik dalam kebolehbacaan buku teks berbahasa Arab dalam kurikulum dini
dc.typeTheses
dc.format.pages253
dc.identifier.barcode002930(2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97185+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
671.27 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.