Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487864
Title: | Nilai dalam pembelajaran dan pengajaran matematik di institusi pengajian tinggi |
Authors: | Norziah Othman (P56699) |
Supervisor: | Effandi Zakaria, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Matematik Pembelajaran Pengajaran Nilai Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 4-Oct-2017 |
Description: | Kajian kes ini dijalankan bagi meneroka nilai dalam pembelajaran dan pengajaran matematik di sebuah institusi pengajian tinggi. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka imej matematik dan nilai yang dimiliki oleh pelajar dalam pembelajaran matematik. Pandangan pensyarah juga diteroka berkaitan nilai dalam pengajaran matematik. Sebelas orang pelajar ijazah pertama yang mengkhusus kepada bidang pengurusan dipilih secara pensampelan bertujuan berdasarkan perwakilan mental yang dilukis tentang matematik. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan Perspektif Bersepadu Sejagat (PBS) yang berpaksikan kepada al-Quran sebagai rujukan mutlak. Kajian dimulakan dengan kajian rintis yang dijalankan selama hampir dua bulan (pertengahan Januari hingga Mac) diikuti kajian lapangan sebenar selama lapan bulan (Mac hingga November). Dapatan kajian hasil daripada analisis dokumen ke atas perwakilan mental ditriangulasikan dengan dapatan hasil temu bual dan pemerhatian langsung. Penganalisisan data dilakukan dengan membandingkan dan menghubungkan konsep melalui analisis merentas kes dan analisis dalaman kes. Perisian Atlas.ti versi 6.0 digunakan bagi membantu mengurus, menganalisis dan seterusnya menginterpretasikan data secara sistematik. Tiga jenis imej matematik telah dikenal pasti dihasilkan oleh pelajar iaitu imej matematik jenis positif, sederhana dan negatif. Temu bual dengan pelajar dilaksanakan bagi mendapatkan pandangan yang meliputi empat dimensi nilai iaitu pengetahuan, kepercayaan, perasaan, dan sikap mereka terhadap matematik. Pelajar yang memiliki imej matematik positif didapati berupaya memperoleh nilai pengetahuan, nilai pengaplikasian, nilai motivasi dalaman, nilai ketabahan, dan nilai penghayatan dalam pembelajaran matematik. Sebaliknya pelajar yang memiliki imej matematik negatif hanya mampu memperoleh dua jenis nilai terbawah iaitu nilai pengetahuan dan nilai pengaplikasian. Pelajar dalam kategori ini ternyata memiliki idea yang terhad terhadap kepentingan matematik. Pensyarah menyedari matematik adalah ilmu yang sarat dengan nilai namun kurang mengetahui cara mengembangkannya dalam pengajaran matematik dengan berkesan. Beberapa kaedah pengajaran yang harmonis turut dicadangkan oleh pelajar dalam kajian ini agar matematik dilihat menarik dan dipelajari dalam suasana pembelajaran yang bermakna.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 248 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97164+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 463.45 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.