Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487863
Title: Kesan modul IDEA-i terhadap pengaturan kendiri, kemahiran penyelesaian masalah, efikasi kendiri kreatif dan kemahiran mengurus tingkah laku dalam kalangan pelajar
Authors: Azmiza Ahmad (P61670)
Supervisor: Saemah Rahman, Prof. Dr.
Keywords: Tingkah laku
Kendiri
Modul IDEA-i
Pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 26-Feb-2017
Description: Pelajar terdedah kepada pelbagai cabaran yang boleh mempengaruhi tingkah laku mereka di sekolah dan dalam kehidupan seharian. Kemahiran pengaturan kendiri, kemahiran menyelesaikan masalah dan kreativiti dijangka dapat membantu pelajar menguruskan tingkah laku mereka dengan lebih baik. Satu modul dipanggil IDEA-i dibina untuk membantu pelajar membangunkan kemahiran pengaturan kendiri, kemahiran penyelesaian masalah, efikasi kendiri kreatif dan kemahiran mengurus tingkah laku mereka. Modul ini mengandungi 15 aktiviti meliputi aspek pengaturan kendiri, kemahiran menyelesaikan masalah, efikasi kendiri kreatif dan kemahiran mengurus tingkah laku. Secara umum, kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan modul IDEA-i terhadap kemahiran mengurus tingkah laku pelajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen kumpulan kawalan tidak serupa. Sebanyak 124 pelajar tingkatan empat di sekolah menengah dalam sistem pendidikan Malaysia terlibat dalam kajian ini. Pelajar dalam kumpulan eksperimen (n = 64) didedahkan dengan modul IDEA-i oleh fasilitator yang telah dilatih menggunakan modul sebelum intervensi dijalankan. Kajian ini menggunakan soal selidik yang diadaptasi dari pelbagai instrumen sedia ada dan tinjauan literatur untuk mengukur kemahiran pengaturan kendiri, kemahiran menyelesaikan masalah, efikasi kendiri kreatif dan kemahiran mengurus tingkah laku. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara pengaturan kendiri, kemahiran penyelelesaian masalah dan efikasi kendiri kreatif dengan kemahiran mengurus tingkah laku dalam kalangan pelajar. Analisis MANCOVA menunjukkan terdapat perbezaan kemahiran pengaturan kendiri, kemahiran penyelesaian masalah, efikasi kendiri kreatif dan kemahiran mengurus tingkah laku antara kumpulan Modul IDEA-i dengan kumpulan kawalan. Hasil kajian menyokong penggunaan Modul IDEA-i dapat membantu meningkatkan kemahiran pengaturan kendiri, kemahiran penyelesaian masalah, efikasi kendiri kreatif dan kemahiran mengurus tingkah laku dalam kalangan pelajar.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 312
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97163+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
172.38 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.