Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487856
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhammad Hussin, Prof. Madya Datuk Dr. | - |
dc.contributor.author | Irmohizam Ibrahim (P66570) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:33:13Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:33:13Z | - |
dc.date.issued | 2016-08-18 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:97157 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487856 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk meninjau orientasi politik, daya tahan dan kualiti kepimpinan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan pelajar Malaysia di luar negara. Orientasi politik, daya tahan dan kualiti kepimpinan ini diukur dari persepsi pelajar berdasarkan pengalaman yang mereka lalui. Aspek-aspek orientasi politik melibatkan tahap kafahaman, sokongan, kepuasan dan persetujuan terhadap dasar-dasar kerajaan. Disamping itu, persepsi pelajar terhadap system demografi, system beraja, system republik dan system oligarki turut diukur. Dalam hal berkaitan dengan faktor daya tahan, dimensi berkaitan dengan keyakinan diri, disiplin diri, kemampuan diri, kawalan diri dan tekad diri diukur. Dalam aspek kualiti kepimpinan, dimensi-dimensi penyelesaian masalah, komunikasi dan kemahiran pengurusan dinilai. Aspek-aspek orientasi politik dinilai berdasarkan model orientasi politik oleh Deutsch dan Foltz (2012), manakala daya tahan pula diadaptasi dari model yang diasaskan oleh Masten dan Reed (2002). Bagi pengkajian terhadap kualiti kepimpinan pula, model Servant Leadership oleh Greenleaf (1970) dan The Seven Habits of Highly Effective People oleh Steven Covey's (1989) dijadikan asas rujukan utama. Seramai 520 pelajar IPTA dan pelajar Malaysia diluar negara (460 IPTA dan 80 luar negara) dipilih dalam kajian ini. Dari 520 pelajar yang dipilih secara rawak berstrata, 248 adalah pelajar lelaki manakala 272 adalah pelajar perempuan. Dua kaedah kuantitatif dan kualitatif digunakan dalam kajian ini. Kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik bagi meninjau orientasi politik, daya tahan dan kualiti kepimpinan pelajar manakala kaedah temubual kumpulan fokus digunakan bagi mendapatkan sebab-sebab yang mempengaruhi orientasi politik, daya tahan dan kualiti kepimpinan pelajar. Data-data seterusnya akan diproses dan dianalisis menggunakan program Statistical Packages for The Sosial Sciences (SPSS) versi 18.0. Terdapat dua jenis statistik digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif melibatkan penggunaan analisi min, frekuensi dan peratusan bagi menerangkan profil sampel kajian dan juga bagi menjawab persoalan-persoalan kajian. Interprestasi skor min akan melihat orientasi politik, daya tahan dan kualiti kepimpinan. Statistik inferensi Ujian-t dan Anova Satu Hala digunakan bagi melihat perbezaan dalam angkubah berdasarkan faktor demografi. Di samping itu, perhubungan dengan angjkubah akan juga dilihat melalui analisi korelasi manakala analisis regresi berganda digunakan bagi mengukur pengaruh orientasi politik, daya tahan dan faktor demografi terhadap kualiti kepimpinan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga angkubah utama orientasi politik, daya tahan dan kualiti kepimpinan berada pada min sederhana dan tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan faktor orientasi politik dan daya tahan mempunyai korelasi yang signifikan terhadap kualiti kepimpinan (p < 0.01). Analisis Ujian-t dan Anova Satu Hala menunjukkan terdapat perbezaan dalam orientasi politik, daya tahan dan kualiti kepimpinan berdasarkan beberapa faktor demografi yang dikaji. Kajian ini juga menunjukkan faktor keyakinan diri, kemampuan diri, kawalan diri, tekad diri dan jantina menyumbang kepada kualiti kepimpinan dengan keyakinan diri sebagai faktor utama. Keseluruhan sumbangan adalah sebanyak 65.1%. Dapatan analisis kualitatif pula menunjukkan pelajar cenderung kepada dasar kerajaan kerana wujudnya konsistensi dalam pentadbiran negara. Kecenderungan kepada sistem demokrasi pula disebabkan oleh keyakinan terhadap kebebasan memilih dan pemerintahan tanpa kekerasan. Dapatan kajian ini seterusnya dibincangkan dalam konteks hubungannya dengan sistem pendidikan di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Kepimpinan | - |
dc.subject | Pelajar | - |
dc.subject | Politik | - |
dc.subject | Luar negara | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Orientasi politik, daya tahan dan kualiti kepimpinan pelajar IPTA dan pelajar Malaysia di luar negara | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 289 | - |
dc.identifier.barcode | 002852(2017) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97157+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 187.72 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.