Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487853
Title: Pembinaan dan keberkesanan modul pengajaran dan pembelajaran fizik (kejut-konstruk) terhadap pencapaian dan kreativiti produk teknikal sains pelajar
Authors: Muhammad Syukri (P59573)
Supervisor: Lilia Halim, Prof. Dr.
Keywords: Modul
Fizik
Produk
Konstruktivisme
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 28-Mar-2016
Description: Kajian ini bertujuan untuk membina modul pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan lima langkah reka bentuk kejuruteraan bersama pengajaran konstruktivisme lima fasa Needham dalam pengajaran dan pembelajaran fizik, serta mengenal pasti keberkesanannya terhadap pencapaian dan kreativiti produk teknikal sains pelajar. Kajian kuasai eksperimen telah dilaksanakan selama 12 minggu yang melibatkan 82 pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Pertama (SMP) Al-Fityan Aceh. 40 pelajar yang menggunakan modul kajian ini dijadikan sebagai kumpulan eksperimen dan 42 pelajar lainnya yang menggunakan modul sedia ada "Pudak" sebagai kumpulan kawalan. Instrumen yang digunakan terdiri daripada ujian pencapaian (pengetahuan sains, fenomena sains, dan masalah sains) dan rubrik penilaian produk teknikal sains. Hasil analisis statistik deskriptif dan ujian MANOVA pengukuran berulang menunjukkan bahawa terdapat kesan utama kumpulan terhadap pencapaian pelajar secara signifikan dengan min kumpulan eksperimen mengatasi kumpulan kawalan. Terdapat kesan utama konstruk-konstruk ujian pencapaian dan masa pengukuran terhadap pencapaian pelajar. Interaksi antara konstruk-konstruk ujian pencapaian dan masa pengukuran, interaksi antara masa pengukuran dan kumpulan juga menunjukkan kesan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar. Pada masa yang sama, hasil penilaian produk teknikal sains kumpulan eksperimen menunjukkan kreativiti pelajar pada tahap sederhana tinggi. Peningkatan pencapaian pelajar dalam pengetahuan sains, fenomena sains, masalah sains, dan juga kreativiti produk teknikal sains turut diperjelaskan melalui hasil analisis pandangan terbuka guru dan pelajar terhadap modul kajian yang menunjukkan respon positif. Guru dan pelajar berpandangan bahawa kelima-lima langkah reka bentuk kejuruteraan (ask, imagine, plan, create, & improve) yang diintegrasikan dalam modul pengajaran dan pembelajaran boleh membawa kepada pemahaman konsep fizik dengan berkesan serta pelajar menjadi lebih kreatif dan inovatif. Implikasi kajian ini membuktikan secara empirikal bahawa modul pengajaran dan pembelajaran fizik yang disusun secara terancang dan sistematik mengikut lima langkah reka bentuk kejuruteraan dan model pengajaran konstruktivisme lima fasa Needham boleh meningkatkan pelbagai pencapaian pelajar seperti pengetahuan sains, fenomena sains, masalah sains, dan juga kreativiti produk teknikal sains.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 369
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96963+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
645.85 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.