Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487851
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Saemah Rahman, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Jamaliah Ijak (P69951) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T09:33:10Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T09:33:10Z | - |
dc.date.issued | 2017-08-25 | |
dc.identifier.other | ukmvital:96961 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487851 | - |
dc.description | Pencapaian seseorang pelajar boleh dikaitkan dengan potensi dalam diri atau pengaruh persekitaran terhadap dirinya. Dalam konteks pendidikan pelajar berbakat akademik, persekitaran pembelajaran yang kondusif adalah penting untuk membangunkan potensi diri mereka. Di samping itu persekitaran juga boleh menjadi faktor risiko yang boleh mengganggu perkembangan pelajar berbakat akademik. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti saling hubung antara persekitaran pembelajaran, motivasi, pengaturan pembelajaran kendiri dan pencapaian dalam kalangan pelajar berbakat akademik. Kajian menggunakan reka bentuk penerokaan bercampur melibatkan dua fasa pengumpulan data. Fasa pertama melibatkan 14 orang peserta kajian yang terdiri daripada 9 orang pelajar dan 5 orang guru. Data dikumpul melalui protokol temu bual separa berstruktur secara bersemuka berpandukan tema dan sub tema yang dibina daripada Teori Persekitaran Pembelajaran Bransford. Data dianalisis secara deduktif menggunakan perisian Atlas.ti7 untuk menjawab persoalan kajian pertama dan kedua. Dapatan fasa pertama digunakan untuk membina item soal selidik persekitaran pembelajaran berasaskan Teori Persekitaran Pembelajaran Bransford yang mengandungi empat komponen iaitu persekitaran berpusatkan pelajar, persekitaran berpusatkan pengetahuan, persekitaran berpusatkan penilaian dan persekitaran berpusatkan komuniti. Fasa kedua menggunakan kaedah kuantitatif secara tinjauan melibatkan 453 orang sampel kajian yang dipilih secara rawak. Data dianalisis menggunakan SPSS v21 dan Analysis of Moment Structures (AMOS) untuk menjawab lima daripada tujuh persoalan kajian. Analisis MANOVA menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan antara ketiga-tiga kumpulan pelajar berbakat akademik dengan ketiga-tiga pemboleh ubah yang dikaji. Analisis Model Persamaan Berstruktur (SEM) menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah persekitaran pembelajaran, motivasi, pengaturan pembelajaran kendiri dengan pencapaian. Berdasarkan analisis laluan yang dijalankan, didapati motivasi adalah pengantara (mediator) bagi pemboleh ubah persekitaran pembelajaran dan pencapaian. Pemboleh ubah persekitaran pembelajaran menyumbang sebanyak 49% kepada pemboleh ubah motivasi mana kala pemboleh ubah persekitaran pembelajaran dan motivasi menyumbang sebanyak 81% kepada pengaturan pembelajaran kendiri. Kajian ini menyokong kepentingan persekitaran pembelajaran dalam peningkatan motivasi dan kemahiran pengaturan pembelajaran kendiri yang dapat menyumbang kepada pencapaian dalam kalangan pelajar berbakat akademik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Pembelajaran | |
dc.subject | Kendiri | |
dc.subject | Bakat akademik | |
dc.subject | Persekitaran | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Persekitaran pembelajaran, motivasi, pengaturan pembelajaran kendiri dan pencapaian dalam kalangan pelajar berbakat akademik | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 293 | |
dc.identifier.barcode | 002857(2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96961+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 586.08 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.