Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487840
Title: Modul PLBD Kayeu: pencapaian, motivasi intrinsik dan konsep kendiri dalam pembelajaran topik Tumbuhan
Authors: Cindy Wong Chyee Chen (P71451)
Supervisor: Kamisah Osman, Prof. Dr.
Keywords: Modul
Tumbuhan
Luar darjah
Konstruktivisme
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 6-Jun-2017
Description: Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Pembelajaran di Luar Bilik Darjah (PLBD) Kayeu dan menilai keberkesanannya terhadap pencapaian, motivasi intrinsik dan konsep kendiri murid-murid Penan dalam pembelajaran topik Tumbuhan di samping menentukan hubungan dan sumbangan yang wujud. Modul PLBD Kayeu dibangunkan berdasarkan kepada elemen-elemen dalam Model Morrison, Ross, Kalman dan Kemp (MRKK). Modul ini mengintegrasikan Teori Behaviorisme, Teori Kognitivisme, Pendekatan Kontekstual, Teori Pembelajaran Konstruktivisme Lima Fasa Needham dan Teori Bebanan Kognitif. Untuk menguji keberkesanan Modul PLBD Kayeu, kaedah kuasi-eksperimen ujian pra-pasca kumpulan kawalan tidak setara dilaksanakan. Seramai 73 orang murid di empat buah sekolah dijadikan sampel. Dua buah sekolah dikategorikan sebagai kumpulan kawalan (n=35) dan dua buah sekolah yang lain dikategorikan sebagai kumpulan rawatan (n=38). Kumpulan rawatan menggunakan Modul PLBD Kayeu manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah konvensional dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pengumpulan data dilakukan melalui Ujian Pencapaian, Soal Selidik Motivasi Intrinsik dan Soal Selidik Konsep Kendiri. Ujian-t Sampel-sampel Bebas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min skor ujian pencapaian pasca antara kumpulan rawatan dan kawalan. Berdasarkan analisis MANOVA pengukuran berulang, tidak terdapat kesan utama kumpulan dan masa pengukuran yang signifikan serta tidak ada kesan interaksi yang signifikan antara masa pengukuran dengan kumpulan terhadap motivasi intrinsik. Bagi konsep kendiri pula, terdapat kesan utama kumpulan yang signifikan dan tidak terdapat kesan utama masa pengukuran yang signifikan dan kesan interaksi yang signifikan antara masa pengukuran dan kumpulan. Walaupun Modul PLBD Kayeu tidak memberi kesan yang memberangsangkan ke atas pencapaian, motivasi intrinsik dan konsep kendiri murid Penan, tetapi ia telah memberi implikasi khasnya ke atas amalan PdP dan murid. Rancangan pengajaran dalam modul telah membantu guru melaksanakan PdP dengan sistematik selain meningkatkan teknik penyoalan berbentuk aras tinggi. Aktiviti kumpulan yang bersifat kontekstual menjadikan PdP seronok dan seterusnya menyumbang kepada penglibatan murid yang aktif yang akhirnya membawa kepada kesedaran murid tentang kepentingan belajar sains.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 425
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96951+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
652.64 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.