Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487837
Title: | Pembinaan model kepercayaan, motivasi dan penglibatan guru sains dalam lawatan lapangan |
Authors: | Suhaiza Mat Said (P63699) |
Supervisor: | Lilia Halim, Prof. Dr. |
Keywords: | Lawatan lapangan Sains Guru Model Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 22-Jul-2017 |
Description: | Lawatan lapangan adalah merupakan salah satu pendekatan alternatif dalam menangani jurang antara persekitaran pembelajaran sains secara formal dan informal. Membawa pelajar ke institusi pembelajaran sains informal dapat memberi pendedahan pengalaman yang merangsang minat pelajar dalam pembelajaran sains. Dalam usaha untuk mencapai keberhasilan lawatan lapangan, penglibatan guru adalah antara faktor utama yang perlu dipertimbangkan. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk membina Model Kepercayaan, Motivasi dan Penglibatan Guru Sains dalam Lawatan Lapangan (MKMP-2L). Reka bentuk kajian adalah tinjauan (keratan rentas) dan soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian ke atas 1081 guru sains sekolah menengah di seluruh Malaysia. Teknik persampelan kajian ini merangkumi 3 peringkat iaitu rawak berstrata (pilihan negeri mengikut zon), rawak bersistematik (pilihan lokasi sekolah 1 hingga 30 km daripusatsains/planetarium/petrosains), dan rawakm udah (pemilihan guru sebagai responden kajian). Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 19 untuk analisis deskriptif dan analisis faktor penerokaan (EFA), manakala analisis faktor pengesahan (CFA) dan model persamaan struktur (SEM) telah dilakukan dengan menggunakan AMOS versi 18 untuk membina model kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepercayaan, motivasi dan penglibatan guru sains mempunyai hubungan positif yang signifikan. Sebanyak 32% kepercayaan guru dipengaruhi oleh motivasi dan penglibatan guru sains dalam lawatan lapangan ke IPSI. Pada masa yang sama kepercayaan dan penglibatan guru sains dalam lawatan lapangan juga mempengaruhi motivasi guru sains sebanyak 57%. Manakala sebanyak 69% penglibatan guru dipengaruhi oleh kepercayaan dan motivasi guru sains. Kajian ini menunjukkan bahawa kepercayaan dan motivasi adalah relevan dalam memahami penglibatan guru sains dalam lawatan lapangan dan memberi sumbangan yang besar kepada guru sains serta institusi pembelajaran sains informal. Ketiga-tiga konstruk ini memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan lawatan lapangan ke IPSI. Seterusnya memberi implikasi kepada kurikulum sains, pembangunan profesionalisme guru sains, dan metodologi kajian. Sehubungan itu, kajian ini telah menghasilkan satu model yang melibatkan konstruk kepercayaan, motivasi dan penglibatan guru sains sebagai panduan dalam merancang lawatan lapangan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sains, terutamanya dalam konteks pendidikan sains informal.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 509 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96949+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 368.42 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.