Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487835
Title: Pembangunan dan keberkesanan modul MyKimDG terhadap pencapaian dalam topik Garam, kemahiran abad ke-21 dan motivasi dalam kimia
Authors: Lay Ah Nam (P71616)
Supervisor: Kamisah Osman, Prof. Dr.
Keywords: Modul
Kimia
Garam
Permainan digital
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 7-Oct-2017
Description: Inovasi sains dan teknologi (S&T) telah kian penting dalam pasaran ekonomi global abad ke-21. Oleh itu, Malaysia perlu melahirkan pelajar yang bukan sahaja celik Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), bahkan menguasai pelbagai kemahiran abad ke-21 supaya berkeupayaan menjadi penjana inovasi S&T. Untuk meningkatkan literasi STEM, pelajar perlu menguasai pengetahuan kimia kerana pengetahuan kimia diperlukan untuk mempelajari kebanyakan bidang sains, teknologi dan kejuruteraan. Sesunguhnya, kimia sering dikenali sebagai sains pusat. Sementara itu, pelajar juga perlu bermotivasi tinggi supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan. Namun, kimia dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar dan tidak popular. Topik Garam dalam Kurikulum Kimia Tingkatan Empat dianggap sebagai topik yang paling sukar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membangunkan satu modul yang dikenali sebagai Modul Permainan Digital Kimia Malaysia (Malaysian Kimia Digital Game, MyKimDG) bagi membantu pelajar dalam pembelajaran topik Garam. Modul MyKimDG dibangunkan berdasarkan teori-teori pembelajaran dan motivasi, serta pendekatan pembelajaran melalui mereka bentuk permainan digital (Learning through Designing Digital Games, LDDG). Pelajar dikehendaki melaksanakan aktiviti penemuan dan mengaplikasikan pengetahuan kimia yang telah dipelajari untuk mereka bentuk permainan PowerPoint secara kolektif. Kajian kuasi eksperimen dengan reka bentuk ujian pra dan ujian pasca kumpulan kawalan tidak setara telah dijalankan untuk menilai keberkesanan Modul MyKimDG terhadap pencapaian dalam topik Garam, kemahiran abad ke-21 dan motivasi dalam kimia. Seramai 138 pelajar Tingkatan Empat (56 lelaki dan 82 perempuan) dari empat buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) terlibat dalam kajian ini. Dua buah sekolah telah dipilih secara rawak sebagai kumpulan rawatan dan dua buah sekolah berperanan sebagai kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan mempelajari topik Garam menggunakan Modul MyKimDG manakala kumpulan kawalan diajar menggunakan pendekatan konvensional dan bahan pembelajaran yang diwajibkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Pencapaian, Soal Selidik Malaysian 21st Century Skills Instrument (M-21CSI)) dan Soal Selidik Motivasi Pelajar Terhadap Pembelajaran Kimia (SMTCL). Keputusan ANOVA dua-hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dalam pencapaian dalam topik Garam. Berdasarkan keputusan MANOVA pengukuran berulang, skor efikasi kendiri dan produktiviti tinggi bagi kumpulan rawatan meningkat dengan signifikan dari ujian pra ke ujian pasca. Dapatan turut menunjukkan secara umumnya pelajar perempuan mengatasi lelaki dalam pencapaian, kemahiran abad ke-21 dan motivasi dalam kimia. Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa penglibatan pelajar dalam mereka bentuk permainan digital yang boleh dikongsikan secara berkolaboratif dapat membantu pelajar mendalami pengetahuan kimia dan memupuk kemahiran abad ke-21, khasnya kemahiran produktiviti tinggi. Tambahan, pendekatan LDDG dan strategi motivasi boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kimia bagi meningkatkan motivasi dalam kimia, khasnya efikasi kendiri.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 480
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96947+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
629.46 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.