Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487829
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Hanafi Mohd Yasin, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNoraini Abdullah (P61706)
dc.date.accessioned2023-10-11T09:32:57Z-
dc.date.available2023-10-11T09:32:57Z-
dc.date.issued2017-08-15
dc.identifier.otherukmvital:96941
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487829-
dc.descriptionKajian ini bertujuan meneroka pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional Khas (MPV Khas) murid bermasalah pembelajaran (MBP) untuk transisi kerjaya dari perspektif guru dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Kajian ini menggunakan Teori Maslow dan Teori Behaviorism manakala model-model yang digunakan adalah Model Program Transisi Taksonomi, Model Transisi ke Alam Dewasa dan Model Kemahiran Generik (The Conference Board of Canada). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kajian kes iaitu multiple cases dan multiple sites. Seramai lapan orang guru yang mengajar MPV Khas di PPKI telah dipilih berdasarkan teknik pensampelan bertujuan daripada empat buah sekolah menengah. Pengumpulan data dilakukan melalui protokol temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data dianalisis secara deskriptif dan dipersembahkan dalam bentuk naratif. Dapatan kajian menunjukkan MPV Khas MBP untuk transisi kerjaya telah dilaksanakan di PPKI dari aspek struktur program, persediaan pengalaman kerjaya, penerapan kemahiran generik, penglibatan ibu bapa dan kolaborasi antara agensi. Pelaksanaan dari aspek struktur program merangkumi polisi program, penilaian program, pembangunan sumber manusia dan kemudahan infrastruktur. Pelaksanaan dari aspek persediaan pengalaman kerjaya melibatkan kesedaran kerjaya, aktiviti pengalaman kerjaya dan pendekatan pengajaran guru. Kajian turut mendapati penerapan kemahiran generik telah diterapkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran seperti kemahiran asas, pengurusan diri dan kerja berpasukan. Selain itu, penglibatan ibu bapa dan aktiviti kolaborasi antara agensi turut dilaksanakan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kekangan dalam melaksanakan MPV Khas MBP untuk transisi kerjaya di PPKI. Di antara kekangan dalam aspek struktur program ialah masalah kurikulum, kekurangan guru yang berkelayakan dan sumber kewangan. Manakala kekangan dalam aspek aktiviti persediaan pengalaman kerjaya ialah sikap murid, ketidakupayaan murid dan guru kurang pengetahuan dan kemahiran tentang MPV Khas MBP. Kekangan juga didapati daripada aspek penerapan kemahiran generik, penglibatan ibu bapa dan kolaborasi antara agensi. Berdasarkan hasil kajian, satu kerangka baharu telah dibangunkan sebagai cadangan penambahbaikan dalam melaksanakan MPV MBP untuk transisi kerjaya di PPKI.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Faslsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectVokasional
dc.subjectMurid bermasalah pembelajaran
dc.subjectKerjaya
dc.subjectProgram Pendidikan Khas Integrasi
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titlePelaksanaan mata pelajaran vokasional murid bermasalah pembelajaran untuk transisi kerjaya dari perspektif guru: satu kajian kes
dc.typeTheses
dc.format.pages363
dc.identifier.barcode002836(2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96941+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
616.93 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.